Laluan peringkat ke-7 LTdL 2022 terpaksa diubah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Ini kerana kejadian tanah runtuh berlaku di empat lokasi berbeza di Gunung Raya.
Demi keselamatan pelumba, pasukan bertanding dan semua yang terlibat, pihak berkuasa di Langkawi telah mengambil keputusan untuk mengubah laluan peringkat ke-7 LTdL.
Ditambah lagi dengan kejadian banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang sedang melanda beberapa kawasan menuju ke Gunung Raya. Lebih baik penganjur dan pihak berkuasa mengambil langkah berhati-hati demi keselamatan semua.
Untuk itu, laluan peringkat terakhir iaitu Kuah, Langkawi loop akan digunakan untuk menggantikan laluan Kuah – Gunung Raya.
Penukaran laluan bagi peringkat ketujuh ini membuatkan Ivan Ramiro Suso dari pasukan Team Movistar hilang sedikit kelebihan. Ini kerana beliau merupakan juara peringkat ketiga yang melibatkan laluan mendaki ke Genting Highlands. Malah tiada Ivan Ramiro Suso juga tidak dapat mengutip poin kerana tiada KOM bagi laluan baru peringkat ke-7.
Walau bagaimanapun, Ivan Ramiro Suso masih lagi memiliki peluang untuk mempertahankan jersi kuning biarpun diekori rapat oleh Hugh Carthy dari pasukan EF Education – Easypost.
Bagi pelumba negara iaitu Aiman Zariff, penukaran laluan perlumbaan membuatkan beliau mampu mempertahankan jersi merah selaku raja bukit buat 6 kali berturut-turut. Apa yang perlu dilakukan oleh Aiman Zariff hanyalah konsisten dalam perlumbaan hari ini dan yang terakhir. Selepas itu kita bakal menyaksikan Aiman Zariff ditabalkan sebagai raja bukit LTdL 2022.
Jadi saingan peringkat ke-7 akan menjadi sangat terbuka dan mungkin kita bakal menyaksikan pemenang baru.
Apa-apapun kepada semua pelumba negara, diharap dapat lakukan yang terbaik lantas mengharumkan nama Malaysia.
Perlumbaan peringkat ketujuh akan bermula pada pukul 2.00 petang dan dijangka berakhir sekitar pukul 4.30 petang.