Kemalangan dalam industri sukan permotoran adalah suatu perkara yang sangat ingin dielakkan daripada berlaku kepada pelumba. Jadi tidak hairan mengapa terdapat banyak aksesori keselamatan yang harus dipakai oleh pelumba.

Antara aksesori yang akan dipakai oleh pelumba adalah helmet, but, sarung tangan dan juga suit keselamatan yang khas diperbuat daripada kulit kangaroo.

Advertisement

Kesemua aksesori ada elemen keselamatan tambahan yang ingin mengurangkan kecederaan jika pelumba mengalami kemalangan dalam kelajuan yang tinggi,

Kebanyakkan suit perlumbaan memang dicipta untuk melindungi bahagian bahagian tertentu. Tetapi ada pelumba yang akan menambah pelindung dada di dalam suit sebagai langkah tambahan keselamatan.

Selain itu, ada elemen tambahan yang dicipta bersama suit ini iaitu “Elbow glider” yang bertujuan untuk membantu pelumba semasa membelok ataupun ketika menerima hentakan jika terjatuh.

Elemen terpenting yang terdapat di suit perlumbaan adalah beg udara. Beg udara ini akan berfungsi berpandukan algorithm dan system pengesan yang telah dicipta di dalam suit. Beg udara ini berfungsi secara automatic apabila mili saat pertama hentakan berlaku.

Jika anda masih ingat, perluba negara, Khairulamirin Yahaya baru sahaja terlibat dalam kemalangan ngeri Kejuaraan Supermoto Sepanyol 2021. Kecederaan yang dialami mungkin akan lagi parah jika tiada unsur keselamatan diterapkan dalam sukan permotoran.

Oleh: AmTuah

Comments