Malam tadi telah berlangsung perlawanan kumpulan H melibatkan Korea menentang Portugal. Perlawanan ini amat penting bagi Korea untuk layak ke pusingan 16 terbaik mengikut jejak langkah Australia dan Jepun.
Jika dilihat atas kertas, Portugal memiliki begitu banyak kelebihan dan boleh menamatkan perlawanan ini lebih awal.
Tapi kena ingat, Portugal pernah tewas kepada Korea ketika Piala Dunia 2002. Jadi tak mustahil hal itu akan berulang Kembali.
Bermula sahaja perlawanan, Portugal terus melancarkan asakan bertali arus ke kubu Korea Selatan.
Hasilnya pada minit ke-5, Ricardo Horta berjaya menjaringkan gol setelah mudah menolak masuk hantaran daripada Diogo Dalot. Gol itu membuatkan ramai jangka Portugal akan mudah meratah Korea.
Korea pula tidak mudah mengalah dan berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Kim Jin-su pada minit ke-17. Sayangnya gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.
Korea datang lagi pada minit ke-27 menerusi Kim Young-gwon setelah benteng pertahanan Portugal gagalkan mengeluarkan bola dengan baik.
Selepas itu Abang Do ada peluang untuk meletakkan kembali Portugal di depan. Tapi tandukan Abang Do tidak tepat walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol sahaja. Tamat separuh masa pertama, Korea dan Portugal dalam kedudukan seri.
Memasuki separuh masa kedua, Korea bermula dengan sangat garang kerana acapkali mengasak kubu Portuga. Manakala Portugal pula seseolah seperti mahu memperlahankan rentak permainan.
Ini kerana Portugal sudahpun layak ke pusingan 16 terbaik. Jika jadi apa-apa dalam perlawanan menentang Korea, itu tidak menjadi masalah besar kepada mereka.
Jadi Portugal membiarkan sahaja Korea terus menyerang. Masalahnya Korea ni agak tumpul di separuh masa kedua.
Berkat serangan secara bertali arus, akhirnya Korea berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-91 menerusi satu serangan balas.
Son Heung-min yang membawa bola berseorangan ke hadapan telah menarik beberapa pemain Portugal mengasaknya sebelum membuat hantaran kepada Hwang Hee-chan hingga dapat menjaringkan gol.
Tamat perlawanan, Korea mengatasi Portugal dengan keputusan 2-1. Secara tidak langsung Korea menjadi pasukan Asia ketiga yang layak ke pusingan 16 terbaik.