Tidak boleh disangkal lagi bahawa esukan merupakan industri yang sangat berkembang pesat dari hari ke hari.
Walaupun industri ini bermula sangat kecil dan mengambil masa tetapi pada tahun 2019, industri ini telah bernilai hampir $ 1 billion dalam pendapatan dunia.
Jika suka- sukan seperti bola sepak terdapat kontroversi mereka sendiri seperti keputusan VAR tidak konsisten, celebration pemain yang dianggap sebagai perkauman dan sebagainya.
Esukan juga terdapat kontroversi yang menggegarkan dunia.
Antara kontroversi yang sering terjadi dalam esukan adalah penipuan semasa kejohanan, match fixing, pemain-pemain utama dipancing oleh pasukan musuh dan sebagainya.
Pada tahun 2019 sahaja sudah cukup untuk menceritakan tentang apa itu kontroversi.
Permainan CSGO adalah merupakan antara tunjang yang menaikkan nama esukan di persada dunia.
Permainan ini yang pada asalnya hanya permainan untuk mengisi masa terluang bersama rakan-rakan sebelum menjadi satu permainan yang bertaktikal dan teknikal tinggi.
Jadi tidak hairan mengapa permainan ini menjadi pilihan untuk dijadikan perjudian.
Pada tahun 2019, enam pemain CSGO Australia telah ditahan polis disebabkan oleh match fixing.
Polis dari Bandar Victoria bekerjasama dengan beberapa detektif dari Sporting Integrity Intelligence Unit dan Organized Crime Intelligence Unit.
Pembantu komissionner Polis Victoria melaporkan bahawa mereka mendapat info ini melalui siasatan ke atas agensi perjudian yang disyaki terbabit.
Walaupun begitu polis masih merahsiakan tentang pasukan mana yang terlibat dan kejohanan mana yang berlaku.
Kontrovesi yang seterusnya adalah saman menyaman antara pemain dan juga organisasi yang diwakilinya.
Tfues merupakan salah satu pemain terbaik dan terkenal di dalam dunia bagi permainan Fortnite. Permainan yang berasaskan genre battle royal ini mempunyai komuniti yang sangat besar dan kuat.
Namun komuniti mereka dikejutkan dengan berita pemain kegemaran mereka telah menyaman Faze Clan, organisasi yang diwakilinya sendiri kerana Tfues mendakwa bahawa Faze Clan tidak membayar sebahagian wang penajaan yang diterima.
Namun Faze Clan dengan pantas membuat kenyataan rasmi bahawa itu tidak berlaku dan Faze Clan menyatakan bahawa Tfues yang telah menerima bermacam-macam bayaran bahkan jauh lebih banyak dari organisasi itu sendiri.
Lalu Faze Clan membuat keputusan untuk melepaskan Tfues sebagai pemain yang mewakili organisasi itu.
Terdapat banyak juga kontroversi yang berlaku dalam kejohanan esukan berlangsung di Malaysia.
Tanpa kontroversi dan juga drama mungkin akan menyukarkan untuk komuniti di luar dari esukan untuk mengenali esukan. Namun biarlah drama atau kontroversi itu adalah bersifat positif bukannya yang negatif.
Oleh: AmTuah