Susuk tubuh seorang atlet dikhabarkan menjadi idaman setiap manusia di muka bumi ini.

Kesihatan dan susuk tubuh yang menawan sudah pasti harus dibayar dengan harga begitu tinggi. Pemakanan, latihan fizikal dan banyak lagi menjadi faktor untuk mendapatkan badan seperti seorang atlet.

Advertisement

Namun, tahukah anda bahawa komposisi atlet pecut dan atlet sukan lain boleh dikatakan amat berbeza.

Jika melihat kepada susuk tubuh atlet pecut, mereka lebih membina otot pada bahagian tertentu.

Berbeza dengan atlet sukan yang lain, otot-otot tidak kelihatan secara hipoteraphi kerana mereka perlu kurangkan jisim badan.

Postur badan atlet pecut dengan larian juga berbeza jika kita membuat perbandingan dari segi postur badan dan pembinaan otot.

Atlet larian jarak jauh jika dilihat pembinaan otot tidak difokuskan pada bahagian atas badan.

Secara tidak langsung akan menampakkan hasil pembentukkan kyphosis di bahagian atas belakang badan juga leher.

Berbeza dengan atlet pecut, mereka lebih memfokuskan pembentukkan otot di bahagian atas badan secara tidak lansung menampakkan scapula di posisi yang baik.

Atlet pecut juga mungkin dapat menunjukkan pembentukkan lumbar lordosis.

Tinggi juga memainkan peranan yang sangat penting antara atlet pecut dengan atlet larian jarak jauh. Secara amnya jika kita melihat atlet larian jarak jauh mungkin lebih rendah.

Hal ini demikian kerana apabila berlari ketika melalui bukit, ketinggian yang lampai akan menambah rintangan angin dan pusat graviti menjadi lebih tidak stabil.

Daya pecutan juga akan lebih rendah jika atlet memiliki ketinggian yang lampai.

Namun jika sukan yang memerlukan atlet mencapat daya kelajuan yang tinggi, atlet tinggi memiliki kelebihan dari segi langkah kaki yang panjang.

Di sini kita dapat lihat untuk menjadi atlet pecut yang baik banyak perkara perkara yang dianggap kecil tetapi sebenarnya memainkan peranan penting.

Bio badan yang mengikut komposisi sempurna akan memberikan kelebihan begitu ketara.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments