KL City Ulangi Rekod Cemerlang JDT Di Asia

Malam tadi telah berlangsung perlawanan inter-zone play-off semifinals diantara ATK Mohun Bagan menentang Kuala Lumpur City.

Pada awalnya KL City tidak diletakkan harapan tinggi kerana ATK Mohun Bagan merupakan pasukan yang sangat berpengalaman dalam saingan Piala AFC.

Advertisement

Manakala kali terakhir KL City beraksi di Asia adalah pada musim 1994-1995 melalui kejohanan Asia Cup Winner’s Cup yang menyaksikan pasukan itu mencapai peringkat suku akhir.

Boleh dikatakan ini mula penyertaan pertama KL City dalam era moden. Menampilkan corak permainan bertahan dan serangan balas, KL City nampak agak sukar untuk mengatasi dominasi KL City.

Walau bagaimanapun, serangan balas yang dilakukan oleh KL City berjaya membuatkan pasukan itu menang 3-1. Paling menarik sekali adalah 2 gol yang berlaku pada minit-minit akhir perlawanan.

Apa-apapun tahniah kepada KL City kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFC lantas mengulang kembali rekod cemerlang.

Jangan jadi macam satu pasukan tu, setiap tahun mahu ke Asia tetapi duduk tempat ke sembilan. Memalukan betul

Comments