Malam tadi telah berlangsung perlawanan final Piala AFC antara Kuala Lumpur City FC menentang Al-Seeb di Stadium Bukit Jalil.
Kali ini KL City turun sebagai pasukan underdog menentang juara Oman.
Seperti biasa KL City masih mengekalkan taktikal ketika menentang Mohun Bagan dan Sogdiana.
Separuh masa pertama, KL City akan bertahan sehabis baik. Masuk separuh masa kedua KL akan cuba menyerang bagi mendapatkan jaringan kemenangan.
Walau bagaimanapun, semuanya tidak menjadi pada malam tadi.
Hasrat KL untuk mendapatkan keputusan seri 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama musnah. Paling kelakar sekali, gol pertama terhasil daripada sepakan penjuru yang terus masuk ke gawang.
Lepas itu KL City bolos lagi sehingga menjadi 2-0. Di separuh masa kedua, tak banyak benda yang boleh KL City buat.
Terpaksalah berpuas hati bolos lagi satu dan mendapat kemenangan yang tertangguh.
Apa-apapun tahniah kepada KL City kerana berjaya sampai ke peringkat final.
Tapi sayangnya tidak mampu buktikan kelab Malaysia boleh menang dengan cara yang betul.