Setiap orang pasti ingin berehat setelah melakukan kerja dengan banyak termasuk permain bola sepak. Tapi ada sorang permain ni rilek je main begitu banyak perlawanan. Tapi tak ada pun panggil dia tu mesin.
Siapakah permain tersebut?
Pada musim 2020/2021, Pedri telah bermain sebanyak 73 perlawanan bersama Barcelona, Sepanyol dan skuad olimpik.
Malah Pedri siap tolak cuti yang diberikan oleh Barcelona. Katanya dia boleh berehat dalam masa singkat dan bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa sahaja. Memang gila betul Pedri ni.
Masalahnya tak penat ke dan tak takut ke dilanda kecederaan?
Sebelum ini, Jack Wilshere yang mampu menjadi bintang masa hadapan England tidak dapat memenuhi potensinya. Ini semua berpunca daripada kegilaan Jack Wilshere bermain begitu banyak perlawanan sehingga dihimpit kecederaan.
Namun bagi Pedri, kecederaan tidak akan pernah menjadi masalah besar baginya. Sebab bermain demi lencana di dada lebih penting berbanding berehat.
Satu lagi, tiada seorang pun pemain senior yang cuba menasihati Pedri agar jangan terlalu taksub untuk bermain semua perlawanan.
Jadi Pedri merasakan segala tindak tanduknya adalah betul. Tapi kena ingat, tak ramai permain yang boleh kembali ke prestasi asal setelah baik daripada kecederaan.
Lain pula dengan Pedri sebab dah cedera 4 kali sepanjang dua musim yang menyebabkan dia terlepas 33 perlawanan bersama Barcelona. Kecederaan itu tidak mengganggu dirinya untuk kembali ke tahap terbaik.
Hasilnya Pedri tersenarai dalam skuad Sepanyol di Piala Dunia 2022 dan menjadi nadi penting.
Nasib baiklah Pedri ni mesin dan bukan manusia.