Baru-baru kecoh mengenai dakwaan bahawa Lim Teong Kim dikatakan meminta gaji setinggi €60,000 hingga €70,000 hanya untuk melatih skuad pembangunan sahaja.
Perkara ini seseolah membenarkan kata-kata seorang bekas menteri belia & sukan yang gaji Lim Teong Kim setinggi RM175,000 sebulan.
Namun soal gaji bukan pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan memfokuskan karier Lim Teong Kim sejak beraksi sebagai pemain dan jurulatih.
Lim Teong Kim memulakan kariernya sebagai pemain dengan beraksi sebagai pemain tengah di Melaka pada 1984 selama 3 tahun sebelum beraksi di Kuala Lumpur.
Tak sampai setahun bersama Kuala Lumpur, Lim Teong Kim berjaya memikat kelab Hertha BSC untuk menjadi pemain di Jerman.
Walau bagaimanapun, jodoh Lim Teong Kim bersama Hertha BSC tidak lama dan kembali ke Kuala Lumpur pada tahun berikutnya.
Setelah empat musim di Kuala Lumpur, Lim Teong Kim berhijrah ke Negeri Sembilan dan bersara di Kedah.
Lim Teong Kim tidak perlu masa yang lama untuk memulakan karier sebagai jurulatih. Tahun sama ketika bersara, Lim Teong Kim telah menjadi jurulatih kepada sebuah kelab kecil di Jerman iaitu Pucheim selama 5 tahun.
Bakatnya semakin terserlah apabila bakatnya sebagai jurulatih berjaya dihidu oleh gergasi Jerman iaitu Bayern Munich.
Ketika itu Bayern Munich, Lim Teong Kim berperanan sebagai penolong jurulatih skuad bawah 19 tahun.
Sumbangannya kepada skuad pembangunan Bayern Munich sangat besar kerana berjaya melatih nama-nama besar seperti Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Toni Kroos dan Thomas Muller.
Malah Lim Teong Kim dikatakan antara orang terawal yang mengesan bakat hebat Thomas Muller.
Hal ini dapat dibuktikan apabila Thomas Muller sangat mengkagumi Lim Teong Kim kerana banyak mengajarnya bermain bola sepak dengan betul.
Lim Teong Kim juga merupakan jurulatih terawal yang meletakkan batu asas kepada Thomas Muller sebelum berjaya seperti hari ini.
Bersama Bayern Munich, Lim Teong Kim berkhidmat selama 12 tahun dan sanggup meninggalkan kerjaya gemilang untuk berkhidmat dengan Malaysia.
Bermula tahun 2013, Lim Teong Kim telah ditawarkan kontrak selama tahun untuk menjadi pengarah projek National Football Development Programme (NFDP).
Lim Teong Kim tidak memerlukan masa yang lama untuk menunjukkan kehebatannya. Memasuki tahun 2015, Lim Teong Kim berjaya membawa NFDP bawah 13 yang ketika itu disertai oleh Luqman Hakim dan Arif Aiman memenangi Iber Cup menewaskan Sporting CP 2-1.
Menariknya adalah NFDP bawah 13 berjaya menjadi juara kumpulan tanpa sebarang kekalahan. NFDP bawah 12 dengan mudahnya mengayam-ayamkan kelab Eropah seperti Atletico Madrid, SL Olivais and CF Belenenses sehingga tidak mencatat sebarang bolos.
Selain itu, pemain bimbingan Lim Teong Kim iaitu Sikh Izhan dan Alan Alias berjaya menjadi kesebelasan terbaik Elite Cup Cote D’Azur 2016 bersama-sama Eduardo Camavinga biarpun gagal ke final.
Menjelang 2018, Lim Teong Kim telah diberikan tanggungjawab untuk membawa skuad Malaysia B16 layak ke Piala Dunia B16.
Segalanya tampak menyakinkan dengan skuad negara berjaya menewaskan Tajikistan dengan jaringan 6-2.
Dua perlawanan selepas itu, Malaysia beraksi seperti tidak pernah menendang tewas sehingga tewas kepada Thailand dan Jepun sekaligus meranapkan impian untuk beraksi Piala Dunia.
Ekoran kegagalan tersebut, kontrak Lim Teong Kim tidak disambungkan dan ditambah lagi dengan gajinya yang agak mahal.
Walau bagaimanapun, impak Lim Teong Kim kepada pembangunan pemain muda negara masih kelihatan sehingga hari ini. Luqman Hakim dan Arif Aiman sudah cukup menunjukkan betapa powernya Lim Teong Kim.
Jadi anda rasa, perlukah FAM melantik semula Lim Teong Kim untuk melahirkan lagi bakat hebat dalam bola sepak?