Kebiasaanya selepas sahaja seorang pemain bola sepak bersara, mereka akan menceburi bidang kejurulatihan ataupun perniagaan. Ada sesetengah yang masih lagi beraksi tetapi sekadar main petang-petang. Ada juga yang cuma tahu makan je sampai jadi gemuk.
Tapi lain pulak dengan Gerard Pique. Sebab lepas bersara sebagai pemain professional, dia masih lagi meneruskan cintanya terhadap bola sepak dengan menubuhkan Kings League.
Apa ke benda Kings League ni?
Kings League merupakan satu kejohanan bola sepak amatur yang disertai oleh ramai bekas-bekas pemain. Antaranya adalah Iker Casillas, Sergio Aguero, Joan Capdevila, Chicharito. dan Javier Saviola.
Macam mana pula peraturan dan bola sepak dimainkan dalam Kings League? Adakah sama je macam bola sepak biasa atau lebih kurang macam kita main petang zaman kanak-kanak dulu?
Jawapannya peraturan bola sepak dalam Kings League agak berbeza sedikit. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum pemain seramai 12 orang sahaja. Dalam padang pulak hanya 7 orang sahaja yang dibenarkan bermain.
Lebih kurang macam kejohanan bola sepak 7 sebelah dekat kampung korang tu. Berita baiknya adalah penukaran pemain adalah unlimited. Korang boleh tukar sebanyak mana pemain yang korang suka mengikut kuota 12 orang pemain.
Bagi pertandingan dalam liga, 12 pasukan akan mengambil bahagian. Dah serupa macam Liga Super Malaysia pulak. Peraturan dalam padang juga akan berbeza sebab permainan akan dimulakan persis hoki ais. Di mana bola akan diletakkan di bulatan tengah untuk direbut oleh pemain daripada kedua-dua pasukan.
Paling menarik sekali pada perlawanan akhir Kings League, seorang pemain misteri yang memakai topeng akan muncul dengan nama Enigma. Katanya Enigma ni merupakan salah seorang pemain professional yang masih beraksi di La Liga. Tapi tiada siapa yang tahu dirinya yang sebenar.
Melihat kepada tindakan Pique ini, presiden La Liga iaitu Javier Tebas hanya mengatakan Kings League sama level dengan maharaja lawak mega. Pique pula merespon dengan mendakwa bola sepak hari ini dah tak relevan. Sebab semakin banyak peraturan yang mengarut.
Kepada pasukan yang selalu buat lawak dekat EPL boleh cuba masuk Kings League. Boleh latih penyerang tu sepak bola.