Kim Pan-gon Dan Barisan Kerujulatihan Tekad Bantu Malaysia

Semalam, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi telah mengumumkan barisan kejurulatihan baru yang diketuai oleh Kim Pan-gon bakal menerajui skuad bola sepak Malaysia.

Paling menarik adalah Kim Pan-gon turut membawa masuk pembantu jurulatih yang pernah melatih Barcelona B iaitu Pau Marti Vincente bagi mengajar pemain Malaysia apa itu hantaran pendek.

Advertisement

Di samping itu, Cho Jun-ho (jurulatih penjaga gol), Dr Gorkhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis) turut dibawa oleh Kim Pan-gon bagi memberi nilai tambah kepada skuad kebangsaan.

Manakala, jurulatih tempatan yang diminta oleh Kim Pan-gon masih lagi belum lagi diperkenalkan dan terus menjadi teka-teki.

Sejurus selepas dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon beriltizam untuk membawa pemain mengikut dan memahami bola sepak moden.

Menurut Kim Pan-gon lagi, pemain Malaysia miliki potensi yang sangat tinggi tetapi mereka tidak yakin kepada diri sendiri dan mental rabak.

Aspek ini akan cuba dibaiki oleh Kim Pan-gon untuk memastikan setiap pemain skuad kebangsaan miliki mentaliti juara.

Selain itu, Kim Pan-gon juga tidak peduli sama ada pemain itu berstatus tempatan, warisan atau naturalisasi untuk dipilih menyahut panggilan negara.

Sebaliknya beliau akan memilih pemain berdasarkan aksi terkini pemain tersebut dalam saingan liga dan taktikal yang bakal digunakan pakai dalam skuad kebangsaan.

Jadi kepada pemain naturalisasi yang sering kali dipanggil tapi hanya jadi pokok sahaja, awas mungkin anda bukan lagi pilihan utama selepas ini.

Paling tidak masuk akal sekali, Kim Pan-gon turut memasang impian besar untuk membawa Malaysia layak buat pertama kali ke Piala Dunia.

Nampak macam baru layan teh pahit tetapi hasrat Kim Pan-gon itu miliki logik yang tersendiri.

Menurut Kim Pan-gon, selepas edisi Piala Dunia di Qatar berkemungkinan besar Asia akan miliki 9 slot. Jadi Malaysia perlu bersedia bermula hari ini untuk membangunkan pemain muda yang bakal membawa cabaran negara pada masa hadapan.

Apa-apapun, diharap kehadiran jurulatih daripada Korea Selatan ini dapat membawa Malaysia keluar daripada gelembung buaya dan mula memberi saingan di peringkat Asia.

Langkah pertama untuk menuju ke arah itu adalah Kim Pan-gon bakal menghadapi perlawanan persahabatan pertama menentang Filipina.

Macam biasa, kalau menang kita puji dan kalau kalah, kita maki. Simple

Comments