Agak mustahil jika pada zaman kini esukan tidak dikenali oleh orang ramai. Mungkin ada segelintir yang kurang arif tentang esukan tetapi bukanlah sampai tak tahu walaupun secara asas apakah itu esukan.

Esukan adalah industri yang meningkat naik secara mendadak dan dianggarkan bernilai $589 juta.

Advertisement

Namun ramai juga beranggapan bahawa esukan ini akan memberi masalah ataupun kesukaran kepada pelajar terutama dalam bidang akademik.

Walaupun ada yang berfikiran seperti itu, jika kita membuka mata lebih besar, kita akan dapat lihat sudah banyak Institut Pendidikan Tinggi yang mempunyai kelab esukan rasmi di tempat pengajian.

Sudah pasti dengan penubuhan ini, terdapat perkara positif yang boleh dibawa oleh esukan untuk kebaikan dalam bidang akademik.

Salah satu kebaikan untuk pelajar adalah dapat memupuk semangat kerjasama dan juga mengajar cara untuk komunikasi.

Dua asas ini yang menjadikan esukan dianggap seperti seperti sukan-sukan tradisional yang lain.

Semasa sedang bermain permainan video esukan, komunikasi yang aktif sangat diperlukan untuk memastikan kerjasama antara pasukan dapat dikekalkan dalam suasana harmoni walaupun berada dalam kedudukan hampir kalah.

Selain itu, etika kerja yang baik juga dapat dipupuk kerana dunia esukan ini merupakan dunia yang memerlukan dedikasi tinggi dan kerja keras.

Hal ini demikian kerana walaupun esukan bukan merupakan sukan yang menggunakan banyak otot tetapi sistem latihan yang memerah keringat mental dan fizikal perlu dilakukan oleh atlet profesional esukan.

Seterusnya adalah cara mengawal tekanan. Tekanan sudah pasti akan dirasai oleh semua orang termasuk pelajar.

Pelajar sudah pasti akan berasa tertekan jika perancangan untuk mendapatkan yang terbaik tidak berjaya.

Melalui esukan anda akan dapat belajar untuk berusaha dan bermain dibawah tekanan demi memastikan apa yang dikejar itu dapat dicapai.

Jadi banyak kesan positif esukan kepada pelajar dan sudah pasti pelajar-pelajar di Malaysia ini secara tidak langsung akan banyak dapat meninggkatkan kemahiran tertentu melalui esukan. Semoga esukan di peringkat IPT akan lebih berkembang.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments