Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi membendung jangkitan koronavirus telah menyebabkan aksi Liga Malaysia terus terhenti serta merta.
Malahan perlawanan Liga Super hanya sempat dilaksanakan sebanyak empat aksi dengan satu aksi tanpa penonton.
Walau bagaimanapun, setelah lekukan koronavirus dapat dilandaikan dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, Liga Malaysia dijangka akan diteruskan.
Akhirnya aksi Liga Malaysia disambung semula melalui Liga Super dengan 3 perlawanan pembukaan semula pada 28 Ogos 2020.
Namun begitu malangnya Liga Super dijalankan dalam satu pusingan dengan hanya 11 perlawanan sahaja yang berlangsung.
Malahan kejohanan Piala FA terpaksa dibatalkan dan buat pertama kalinya Piala Malaysia dilangsungkan dengan format kalah mati. Pemenang bagi kejohanan ini pula layak beraksi di Piala AFC pada tahun hadapan.
Semuanya tampak baik-baik sahaja apabila Liga Super berjaya dilangsungkan dengan JDT mempertahankan gelaran juara untuk tujuh kali berturut.
Memasuki sahaja kejohanan Piala Malaysia, perlawan pertama dapat dijalan tanpa apa-apa masalah.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan perlawanan Piala Malaysia akibat ledakan semula koronavirus dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan semula di Semenanjung Tanah Melayu.
Pihak Malaysia Football League (MFL) tidak berputus asa apabila menyerahkan segala kertas cadangan mengenai pelaksanaan SOP yang ketat dalam saingan Piala Malaysia.
Namun begitu, pihak kerajaan tetap tidak benarkan Piala Malaysia untuk dilangsungkan bahkan JDT juga dilarang terbang ke Qatar untuk meneruskan baki perlawanan Asian Champion League (ACL).
Jadi, apakah kesan yang melanda Liga Malaysia setelah acara bola sepak dibatalkan?
Tahukah anda, pihak MFL sedang ditekan oleh penaja untuk menarik balik tajaan mereka terhadap Liga Malaysia berikutan ketidakpastian penganjuran pada tahun hadapan.
Implikaisnya, MFL tidak mampu untuk membayar hak penyiaran sebanyak RM 1juta dan RM500k kepada pasukan Liga Super serta Liga Perdana.
Malahan MFL juga telah kehilangan penajaan dalam angka yang besar iaitu sebanyak RM40 juta.
Penaja terbesar Liga Malaysia iaitu Telekom Malaysia (TM) telah mengambil keputusan untuk memotong tajaan sebanyak 50 peratus bagi musim yang akan datang.
Hal ini berpunca daripada keadaan semasa Liga Malaysia yang tidak menentu sehinggakan Piala Malaysia turut dibatalkan.
Manakala, CIMB yang menaja Liga Super telah bertindak menarik semula kesemua tajaannya yang bernilai RM2 juta musim hadapan.
Jika semua ini berlaku, maka TM akan menjadi penaja Liga Super dan mungkin akan dikenali sebagai TM Liga Super.
Air Asia juga mengambil langkah yang sama dengan CIMB apabila menarik kesemua tajaannya akibat daripada koronavirus terus memukul syarikat penerbangan itu sehingga mengalami defisit.
Ketika saingan Piala FA dibatalkan kerana bertindakbalas dengan pelaksanaan PKP, Shoppe telah mengambil keputusan untuk menamatkan terus tajaan buat kejohanan itu.
Hal ini pasti akan membuatkan MFL hilang arah dan menghadapi tugas berat untuk mendapatkan tajaan pada musim-musim akan datang.
Ianya ditambah lagi dengan keadaan budaya bola sepak yang kurang memberikan keuntungan jika entiti perniagaan ingin melabur.
Persoalannya apa akan jadi pada saingan Liga Malaysia pada musim hadapan jika koronavirus terus mengganas?
Bagaimana pula dengan kelab-kelab yang baru diswastakan, mampukah mereka bertahan sebagai sebuah entiti perniagaan? Hanya tuhan yang tahu.
Sumber
The Vibes. (2020, November 24). M-League going bust? Dipetik daripada https://www.thevibes.com/…/sports/7142/m-league-going-bust