Iklim di negara kita yang sentiasa panas dan kadang kala sedikit lembab memang agak mencabar untuk melakukan aktiviti fizikal.
Suhu yang panas dan lembab sepanjang tahun terkadang menyukarkan atlet-atlet negara untuk berlatih.
Bagi memudahkan anda melakukan aktiviti fizikal, lebih baik jika anda memahami bagaimana sistem badan berfungsi untuk sejukkan badan secara semula jadi.
Apabila kita berlari, suhu badan meningkat kerana otot-otot mula bergerak. Ketika suhu badan meningkat, aliran darah ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh.
Peluh yang terhasil akan mengalami proses evaporasi untuk sejukkan suhu badan.
Namun apabila suasa panas secara tidak langsung, kelembapan udara yang tinggi menyukarkan peluh untuk evaporasi.
Hal ini disebabkan oleh udara yang lembab dan tepu menghalang proses penyejatan peluh dari kulit badan. Maka suhu badan sukar disejukkan kerana peluh lambat mengalami proses penyejatan.
Tambahan pula, peluh terhasil dari plasma yang berada di dalam darah, apabila peluh keluar terlampau banyak, isi padu darah juga akan menurun.
Inilah sebab utama mengapa kekal dalam keadaan hidrasi amat penting. Apabila kita berpeluh, kita akan kehilangan electrolytes jadi mengambil suplemen tambahan adalah digalakkan.
Apabila darah banyak mengalir ke permukaan kulit untuk berpeluh, darah yang diperlukan untuk menggerakkan otot akan berkurangan.
Jadi jantung akan dipaksa untuk bekerja lebih keras bagi menyalurkan darah ke bahagian otot.
Sekaligus atlet akan cepat berasa letih untuk mengekalkan ketahanan badan melakukan aktiviti fizikal.
Oleh: AmTuah