Kerana Penalti, JDT Kembali Ke Persada Kumpulan I

Apabila bercakap tentang penalti, pasti peminat bola sepak tempatan berasa sangat sensitif. Bagi mereka kewujudan penalti akan terus membunuh semangat pasukan lawan walaupun miliki banyak masa untuk jaringkan gol.

Malah ada yang berpendapat, penalti banyak dihadiahkan kepada kelompok elitis Liga Super bagi mereka tidak tewas dengan kelab pesaing. Hal ini membuatkan ada yang berpendapat gol penalti tidak perlu dikira.

Advertisement

Walau bagaimanapun gol tetap gol sama ada penalti, semakan percuma ataupun terkena punggung sekalipun.

Disebabkan pasukan 50 langkah ke hadapan menang dengan dua penalti lawan budak-budak sekolah menengah malam tadi, pasti ada pihak yang memandang enteng kemenangan tersebut.

Jadi sebelum nak benci dan beranggapan penalti adalah pemutus semangat, ayut kenalinya terlebih dahulu.

Penalti merupakan format hukuman yang diperkenalkan buat pertama kali ketika tahun 1891. Secara ringkasnya penalti akan diberikan jika anda mengasari pihak lawan dalam kotak penalti sendiri ataupun memegang bola menggunakan tangan.

Pada awalnya cadangan pemberian sepakan penalti digelakkan oleh komuniti bola sepak kerana agak tidak sedikit logik. Namun, keperluan pemberian sepakan penalti semakin terserlah apabila berlaku peristiwa menghadang bola dengan tangan atas garisan gol tetapi tidak dikenakan apa-apa hukuman.

Walau bagaimanapun ketika itu tidak ramai pemain yang faham bagaimana sepakan penalti diambil. Pada hemat mereka, penalti sama sahaja seperti sepakan percuma yang membolehkan para pemain berada dekat dengan bola.

Jadi pengadil terpaksa pengarahkan pemain berada di garisan kotak penalti sehinggalah sepakan penalti diambil.

Manakala bagi penjaga gol pula, mereka dibenarkan untuk keluar dari garisan gol sebelum sepakan penalti diambil. Namun begitu peraturan ini telah dimanipulasi oleh ramai penjaga gol. Sejak itu penjaga gol hanya dibenarkan keluar daripada garisan gol apabil bola sudah disepak.

Kesimpulannya sepakan penalti tidak boleh dihapuskan kerana dikhuatiri akan dimanipulasi dengan sengaja menahan bola di kotak penalti.

Kalau tidak mahu penalti, jangan pegang bola ataupun kasarkan pihak lawan di kotak penalti. Bila sudah dihukum dengan sepakan penalti, jangan salahkan pengadil pula.

Apa-apapun tahniah kepada JDT kerana menang 2-0 malam tadi. Biarpun penalti, menang tetap menang.

Comments