Seorang promoter acara Korea Selatan diperintahkan untuk membayar pampasan terhadap peminat-peminat Cristiano Ronaldo pada Jumaat selepas legenda Portugal dan Manchester United itu tidak bermain dalam perlawanan pameran seperti dijanjikan.

Pada Julai tahun lepas, Ronaldo hanya memanaskan bangku simpanan dan melihat rakan-rakan sepasukannya diikat seri 3-3 dengan pasukan pilihan bintang Liga Korea (K-League) di Stadium Piala Dunia Seoul.

Advertisement

Hal ini sama sekali berbeza dengan apa yang dipromosikan promoter The Fasta kerana dalam promosi mereka, Ronaldo dijangka bermain dalam perlawanan tersebut.

Kredit: Soccer Bible

162 peminat kemudiannya memfailkan saman terhadap pihak promoter dan hasilnya, mahkamah memutuskan The Fasta perlu membayar pampasan tambahan 50,000 won (RM183.80) dan memulangkan separuh daripada harga tiket asal yang dibayar.

Perlawanan tersebut menyaksikan 65,000 keping tiket dengan harga antara 30,000 (RM110.30) hingga 400,000 won (RM1470.50) habis dijual dalam masa tiga minit kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Dalam penghakimannya, hakim mengingatkan promoter bahawa mereka mempunyai kewajipan kontrak untuk Ronaldo bermain kecuali sekiranya ada perkara yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, tiada arahan sama dikeluarkan terhadap bintang Portugal itu dan Bianconeri.

Keputusan mahkamah keluar tidak lama selepas satu lagi mahkamah memutuskan The Fasta membayar pampasan kepada dua orang peminat atas dakwaan pengiklanan palsu.

Berikutan kelibat penyerang Selecao itu tidak kelihatan sepanjang perlawanan, ia mengundang kemarahan orang ramai di Korea Selatan.

Ia turut membawa kepada penciptaan peribahasa baru iaitu bertindak macam Ronaldo yang bermaksud seseorang yang tidak memenuhi janji.

K-League merasa marah kerana Juventus memungkiri janji dan menggesa La Vecchia Signora memohon maaf dengan seorang peminat terbang ke Sweden dan bersemuka dengan Ronaldo.

Juventus yang ketika itu sedang dalam siri jelajah mereka tiba lewat di Korea Selatan berikutan penerbangan mereka ditangguhkan. Kelewatan itu juga memaksa perlawanan ditangguhkan selama sejam.

#iSportsAsia

Oleh: Moustapha Abbas

SUMBER

AFP. (2020). S. Korea court orders compensation for ‘emotionally distressed’ Ronaldo fans. Free Malaysia Today. Dipetik daripada https://www.freemalaysiatoday.com/…/korea-court-orders…/

Comments