Masa edisi Piala Dunia 2018, Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri meraikan gol ke atas Serbia dengan buat lambang helang Albania menggunakan tangan. Menyirap terus orang Serbia sebab katanya mereka berdua sengaja nak provok.
Tapi apa sebenarnya yang buat Serbia marah sangat dengan tindakan Xhaka dan Shaqiri?
Semua ini ada kaitan dengan konflik Kosovo yang menyaksikan etnik Albania menentang orang Serb dan kerajaan Yugoslavia. Segalanya bermula setelah pemimpin Serbia menarik segala autonomi wilayah Kosovo.
Benda ni buat pemimpin dan rakyat Kosovo marah sebab mereka sudah kehilangan hak. Orang Serb pula anggap Kosovo miliki mereka. Apa lagi etnik Albania pun tubuhkan tentera sendiri untuk bebaskan Kosovo.
Serbia melihat ini sebagai tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara lantas menghantar tentera dan polis untuk redakan keadaan. Dekat sinilah tragedi mula berlaku apabila tentera dan polis Serbia gunakan kekerasan terhadap etnik Albania.
Hal ini bikin etnik Albania melarikan diri ke negara-negara terdekat bagi mengelakkan mereka terkorban. Disebabkan tiada penyelesaian, kuasa besar dunia minta Serbia undurkan tentera. Tapi mereka degil sehingga NATO pun campur tangan.
Serbia balas balik dengan halau kesemua etnik Albania dari Kosovo. Nak selesaikan masalah NATO dan Serbia buat perjanjian. Syaratnya, Serbia kena undurkan tentera dan etnik Albania dibenarkan kembali ke Kosovo. Pentadbiran Kosovo akan diletakkan di bawah PBB sampai semuanya selesai.
Tak selesai sangat sebab siri-siri keganasan ke atas etnik Albania oleh orang Serbia tetap juga berlaku. Benda ni tamat lepas Kosovo mencapai kemederkaan.
Mungkin berpunca daripada peristiwa inilah Xhaka dan Shaqiri meraikan gol dengan buat lambang helang Albania. Ditambah lagi mereka berasal daripada keluarga pelarian Kosovo.
Jadi jaringan ke atas Serbia tu boleh dianggap satu kepuasan kepada mereka kerana berjaya merobek gawang penjajah.