Kenapa Tun Wenger Tak Dipecat Walaupun Bertahun-tahun Melawak Di Arsenal?

Masa Arsene Wenger pegang Arsenal dulu, ramai betul penyokong yang menyirap. Yelah pencapaian dia setiap musim cuma nombor 4, Piala FA dan bungkus awal dekat UCL.

Lepas tu asyik terlepas pemain-pemain bintang je. Mana-mana pemain yang power sikit dekat Arsenal tu habis dia jual. Memang kempunanlah Arsenal nak julang EPL selepas era Invicibles.

Advertisement

Tapi apa yang peliknya, Arsenal ambil masa yang lama nak pecat Arsene Wenger ni. Persoalannya kenapa Arsene Wenger masih mampu jadi pengurus Arsenal walaupun sering buat lawak?

Arsene Wenger ni sangat digemari oleh pemilik Arsenal. Katanya Arsene Wenger ni lebih berfungsi sebagai pelabur berbanding pengurus kelab bola sepak. Apa yang Arsene Wenger ni buat?

Arsene Wenger ni gemar cari bakat bola sepak di seluruh dunia. Bila dah jumpa, terus dia bawa ke Arsenal dan bagi peluang untuk bermain. Jika pemain tu jadi power, terus dia jual ke kelab lain.

Contoh paling mudah, tengok Robin Van Persie. Dia pernah injured hampir setahun tapi Arsenal masih bela juga. Dah sembuh dari cedera terus dapat main dan jadi power. Arsene Wenger apa lagi pergi jual dekat kelab musuh. Kecewa betul penyokong Arsenal.

Jadi kalau nak power melabur, kena ikut macam Arsene Wenger. Tapi bab no 4 dan bungkus awal tu jangan ikut. Rugi je nanti.

Comments