Kenapa Skuad Bola Sepak Malaysia Digelar Harimau Malaya?

Sejak dari dahulu lagi skuad bola sepak Malaysia dikenali sebagai Harimau Malaya. Sampaikan pernah menjadi pertikaian sebab Harimau Malaya dikatakan merujuk kepada Semenanjung Malaysia sahaja. Padahal itu merupakan nama satu spesies harimau yang wujud di Malaysia.

Jadi macam mana Malaysia boleh digelar Harimau Malaya?

Advertisement

Pada mulanya, Harimau Malaya itu merupakan gelaran yang diberikan oleh Sukarno kepada anak jati Johor iaitu Dollah Don. 

Kenapa Sukarno ni panggil Dollah Don sebagai Harimau Malaya?

Kisahnya begini, Dollah Don bersama pasukan Melayu Singapura telah dijemput untuk menentang Peseja yang diwakili oleh campuran rakyat Indonesia dan Belanda. Ketika separuh pertama, pasukan Melayu Singapura telah dibantai sebanyak 3-0 oleh Peseja.

Memasuki separuh masa kedua, pasukan Melayu Singapura mencipta keajaiban dengan menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Apa yang lebih menarik adalah ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Dollah Don.

Sukarno yang melihat aksi Dollah Don berasa sangat kagum lantas menyamakan pemain itu persis Harimau Malaya. Sejak itu, gelaran Harimau Malaya terus melekat ke Dollah Don lalu diturunkan skuad bola speak Malaysia.

Comments