Pembaca semua pasti kenal akan anak-anak Sidek yang pernah menjadi tulang belakang sukan badminton negara suatu ketika dahulu. Malahan Misbun Sidek juga menjadi arkitek utama dalam penghasilan pemain badminton berprestasi tinggi seperti Lee Chong Wei. Namun tahukah anda, anak-anak Sidek sangat terkenal dengan sebuah teknik yang dikenali sebagai Servis Sidek.

Teknik ini sangat ditakuti oleh pemain badminton lain sehingga diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa kerana tiada siapa yang mampu mengatasinya.

Advertisement

Servis Sidek bermula apabila Misbun Sidek telah mencipta teknik tersebut dengan sangat kreatif, unik dan luar biasa. Pada ketika itu, teknik tersebut dianggap sebagai mahakarya kerana tidak pernah difikirkan oleh pemain-pemain handalan yang lain.

Serentak dengan itu, dunia seseolah seperti dilanda bencana. Hal ini demikian kerana, kewujudan Servis Sidek bikin beberapa pemain pilihan sebelum ini rebah tanpa melawan.

Perkara tersebut telah membuatkan anak-anak Sidek dengan mudah mengutip mata apabila pihak lawan begitu sukar untuk membalas pukulan.

Malahan terdapat juga pemain China dan Indonesia yang berjaya menguasai teknik. Ianya telah membuatkan dunia badminton terpecah dua iaitu mahir dan tidak mahir Servis Sidek.

Akibat daripada itu, pada Mei 1981 dalam mesyuarat pertama Persekutuan Badminton Dunia (IBF), Denmark dan England bercadang untuk meminda undang-undang serta mengharamkan servis tersebut. Malaysia dan Indonesia menentang keras tindakan itu.

Berita baiknya pada ketika itu, China juga turut senada dengan Malaysia dan Indonesia. Hal ini demikian kerana China sudah berjaya menguasai teknik ini serta berjaya mendapatkan keputusan yang gemilang.

Undian telah dibuat untuk mengharamkan teknik tetapi ianya tampak seakan-akan tidak berjaya apabila gagal memperolehi majoriti 2/3 seperti yang diperlukan. Sekali pada 1982, undian terakhir telah dilakukan untuk mengharamkan Servis Sidek.

Keputusan mendapati 91 menyokong, 1 menentang dan 3 berkecuali dan mulai 1 Julai 1982, Servis Sidek telah diharamkan dalam semua pertandingan antarabangsa untuk selama-lamanya.

Cuba bayangkan jika teknik ini tidak diharamkan, berkemungkinan besar Malaysia akan jadi kuasa badminton dunia. Malahan, emas olimpik, kejuaraan dunia dan Piala Thomas hanyalah di celahan gigi sahaja.

Mungkin juga Jepun dan Korea berjaya menguasai teknik lalu menewaskan kita. Apa-apa pun semua sudah menjadi sejarah, semoga badminton Malaysia terus berdaya saing hendaknya.

Lagi cerita mengenai badminton di sini

Comments