Kenapa Sepakan Penalti Boleh Wujud?

Penalti merupakan satu perkara yang agak sensitif bagi peminat bola sepak Malaysia. Ini kerana ramai beranggapan bahawasanya penalti boleh membunuh perlawanan sehingga membuatkan pihak lawan kena bantai.

Pemberian penalti juga seringkali dipersoalkan di saingan Liga Super kerana ada yang mendakwa pemain melakukan dive ataupun kekasaran tersebut tidak terlalu berat.

Advertisement

Jadi bagai peminat bola sepak tempatan, penalti begitu kejam dan tidak patut wujud dalam peraturan bola sepak moden. Persoalannya sekarang bagaimanakah sepakan penalti boleh tercipta? Adakah ini semua satu konspirasi daripada FIFA untuk melemahkan pasukan lawan?

Sebenarnya penalti merupakan format hukuman yang diperkenalkan buat pertama kali ketika tahun 1891.

Pada awalnya cadangan pemberian sepakan penalti digelakkan oleh komuniti bola sepak kerana agak tidak sedikit logik. Kan lebih elok kalau beri sepakan percuma macam biasa dan dihadang dengan beberapa orang benteng. Itu adalah lebih baik dan adil.

Namun, keperluan pemberian sepakan penalti semakin terserlah apabila berlaku peristiwa menghadang bola dengan tangan atas garisan gol tetapi tidak dikenakan apa-apa hukuman. Mahu tak mahu, peraturan sepakan penalti perlu diwujudkan bagi memastikan pemain biasa tidak bertukar kepada penjaga gol siluman.

Namun ketika itu tidak ramai pemain yang faham bagaimana sepakan penalti diambil. Pada hemat mereka, penalti sama sahaja seperti sepakan percuma yang membolehkan para pemain berada dekat dengan bola.

Jadi pengadil terpaksa pengarahkan pemain berada di garisan kotak penalti sehinggalah sepakan penalti diambil.

Manakala bagi penjaga gol pula, mereka dibenarkan untuk keluar dari garisan gol sebelum sepakan penalti diambil. Namun begitu peraturan ini telah dimanipulasi oleh ramai penjaga gol.

Ini kerana tindakan itu akan memudahkan penjaga gol membaca bola sehingga menyukarkan proses pengambilan sepakan penalti. Sejak itu penjaga gol hanya dibenarkan keluar daripada garisan gol apabil bola sudah disepak.

Kesimpulannya sepakan penalti tidak boleh dihapuskan kerana dikhuatiri akan dimanipulasi dengan sengaja menahan bola di kotak penalti. Kalau tidak mahu penalti, jangan pegang bola ataupun kasarkan pihak lawan di kotak penalti. Bila sudah dihukum dengan sepakan penalti, jangan salahkan pengadil pula

Comments