Kenapa RB Leipzig Sangat Di Benci Di Jerman?

Sekejap lagi perlawanan antara Jerman menentang Jepun bakal bermula. Sekarang kita nak cakap pasal kelab yang paling dibenci oleh orang Jerman iaitu RB Leipzig. Jangan ingat kita je yang ada kelab paling benci sekali. Katanya, RB Leipzig ni punya putar alam sampai FAM cawangan Jerman tak boleh buat apa-apa.

Jadi apa yang RB Leipzig ni buat sampai orang Jerman benci sangat?

Advertisement

Setelah asaskan RB Salzburg dekat Austria, Redbull nak lagi satu kelab bola sepak yang boleh beri duit kepada deme. Tapi deme dah tak nak ulangi kesilapan dekat Austria. Apa yang deme buat adalah ambi alih kelab SV Austria Salzburg.

Mengamuk sakanlah peminat SV Austria Salzburg sebab Redbull pergi tukar segala benda dekat kelab tu. Disebabkan kesilapan lalu Redbull pun pergi beli kelab divisyen 5 Jerman iaitu SSV Markranstadt.

Dalam tempoh 8 musim sahaja kelab tu berjaya beraksi di saingan tertinggi bola sepak Jerman dan Eropah.

Kebencian mula menjadi-jadi apabila Redbull dengan mudah memanipulasi undang-undang bola sepak Jerman. Setiap kelab di Jerman tidak dibenarkan meletak nama syarikat pemilik pada nama kelab.

Redbull akur dengan undang-undang ini tapi masih ada lopong yang boleh diisi. Redbull tetap meletak nama RB tetapi deme cakap itu akronim kepada RasenBallsport. Dah lah makna perkataan tu mengarut iaitu “sukan yang dimainkan dengan bola atas rumput”.

Bukan itu je, FAM cawangan Jerman tak benarkan syarikat koperat miliki majoriti saham kelab. Apa yang Redbull buat, deme beli 49% saham RB Leizig dan berikan lagi 2% kepada kroni deme. Memang mudah deme ayam-ayamkan FAM cawangan Jerman.

Sejak dari itu orang Jerman cakap RB Leizig ni pasukan palsu. Dah lah muncul masa tahun 2009 lepas tu buat liga macam ana yang punya. Ditambah lagi Leizig ni bekas wilayah Jerman Timur, faham-fahamlah kenapa dibenci.

Comments