Kita telah dihidangkan dengan kemenangan 2-0 bakal juara EPL iaitu Manchester United menentang Leeds United. Disebalik kemenangan itu, penyokong Leeds United memang cukup benci dengan semua benda yang ada kaitan dengan Manchester United terutamanya warna merah.
Kenapa penyokong Leeds United benci warna merah?
Semua bermula sekitar 500 tahun lepas apabila terjadi Perang Bunga Mawar antara wilayah Yorkshire dan Lancashire. Ketika itu kedua-dua wilayah bersaing untuk menguasai England.
Memasuki era moden, permusuhan antara Yorkshire dan Lancashire dibawa ke dalam bola sepak. Tambahan pula Leeds United yang berpangkalan di Yorkshire memakai jersi putih bersempena bunga mawar putih yang menjadi lambang wilayah itu.
Manakala Manchester United yang pangkalan di Lancashire mengadaptasi bunga mawar merah sebagai warna jersi deme. Bermakna penyokong Leeds United ni beranggapan Manchester United mewarisi sejarah wilayah Lancashire.
Sejauh mana tahap kebencian penyokong Leeds United terhadap warna merah?
Dekat sana, hampir kesemua restoran tidak dibenarkan menggunakan warna merah. Kalau ketegaq juga nak guna, bersiap sedialah untuk diboikot. Buktinya Mekdi dekat Leeds tidak meletakkan langsung warna merah di restoran mereka. Malah logo Mekdi yang sinonim dengan merah kuning juga terpaksa diubah.
Bukan setakat tu je, mana-mana syarikat yang ingin menaja Leeds United perlu mengeluarkan warna merah daripada logo mereka. Andai kata Hotlink ataupun Sani Express nak taja Leeds United, deme kena guna warna lain dekat logo.
Tapi jangan risau jika korang pakai baju kelab paling kelakar dekat EPL ketika berjalan-jalan di Leeds sebab mereka tak kan marah. Penyokong Leeds United akan gelak je sebab masih ada yang sudi pakai.