Kenapa Penjaga Gol Liverpool Suka Buat Lawak?

Dia punya silap sampai telah memberikan bala kepada Liverpool. Sebab Liverpool hampir sahaja tewas kepada Wolverhampton Wanderers. Tapi nasib baik VAR menyelamatkan Liverpool lantas tidak dimalukan di rumah sendiri.

Walau bagaimanapun, Alisson Becker bukanlah satu-satunya penjaga gol Liverpool yang pernah membuat kesilapan. Sebab penjaga gol Liverpool ni memang terkenal dengan lawak-lawak mindblowing.

Advertisement

Buktinya, penjaga-penjaga gol sebelum era Alisson Becker pun pernah membuat kesilapan mudah.

Pepe Reina ketika aksi Liverpool menentang Everton telah melakukan kesilapan mudah apabila gagal menangkap bola dengan kemas pada minit akhir pelawanan.

Manakala Simon Mignolet gagal menepis dengan kemas sehingga menyebabkan bola tetap bergolek masuk ke gawang ketika perlawanan Liverpool menentang Sporting Lisbon.

Kesilapan paling mudah adalah yang pernah melanda Liverpool adalah pada perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) menentang Real Madrid.

Ketika itu bola balingan Loris Karius telah ditampan boleh Karim Benzema sehingga membuatkan Real Madrid berjaya mendapatkan jaringan. Loris Karius pula ketika itu terpinga-pinga melihat tindakan Karim Benzema.

Punchline itu telah diulang kembali oleh Alisson Becker dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Wolverhampton Wanderers.

Situasi yang hampir sama berlaku setelah hantaran Alisson Becker ditampan oleh pihak lawak sehingga menjelmakan jaringan.

Lepas ni kalau kerja nak buat lawak je, mohon Liverpool hantar terus satu skuad masuk ke Maharaja Lawak Mega. Tak lah kita asyik nampak orang sama je yang menang.

Comments