Kenapa Pengadil Di Portugal Berikan Kad Putih?

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan pemberian kad putih dalam satu perlawanan bola sepak wanita di Portugal antara Benfica menentang Sporting Lisbon. Apa yang peliknya secara tradisi kad akan diberikan kepada pemain yang melakukan kesalahan.

Persoalannya kenapa pengadil berikan kad putih?

Advertisement

Semuanya bermula apabila ada seorang pemain tiba-tiba sahaja rebah di bangku simpanan. Melihat kepada situasi itu, medik dari Benfica dan Sporting Lisbon bergegas untuk membantu.

Pemain tersebut berjaya diselamatkan daripada apa-apa kemungkinan berkat pertolongan kedua medik pasukan. Tindakan itu mendapat tepukan gemuruh daripada para peminat.

Tapi ada benda yang merisaukan para pemain. Sebab pengadil secara tiba-tiba sahaja menyeluk poket. Kebiasaannya itu adalah tanda kad kuning ataupun kad merah akan diberikan.

Rupa-rupanya pengadil keluarkan kad putih sebagai penghargaan kepada semangat kesukanan tinggi yang diamalkan oleh Benfica dan Sporting Lisbon.

Adakah kad putih akan digunakan secara meluas?

Kad putih ni cuma satu cadangan daripada Portuguese Football Federation (FPF) dan baru digunakan pakai dalam liga bola sepak wanita. Nak lihat kad putih ni lebih meluas mungkin ambil masa yang lama. Tambahan pula FIFA dan IFAB belum lagi buka mulut mengenai kad putih.

Korang rasa kad putih ni sesuai digunakan dengan Liga Super? Agak-agaknya kelab mana yang akan selalu dapat kad Putih?

Comments