Kenapa Pemain Bolasepak Suka Acah-Acah Injured Sampai Berguling-guling?

berguling-guling ini bukan saja skil berlakon suka-suka tau. Tapi  ia adalah strategi juga

Sumber Gambar - Arab News

Sebelum kita pergi ke bahagian kenapa ada pemain suka acah-acah injured, ingin diingatkan, bentesan ke arah buku lali lawan atau bahasa pasarnya ‘cah keting’ adalah satu kesalahan ‘straight red card’ kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk. Cah keting ini selalunya jadi tindakan ‘last resort’ yang selalu dibuat oleh Defender bila Penyerang pihak lawan dah berjaya gelecek masuk kotak penalti dan hampir berpeluang menjaringkan gol.

Selain dari cerita Tamil & Hindustan, mesti pelikkan apasal la dalam bolasepak je yang kita nampak selalu ada drama berguling beria time kena tackle dan lain-lain. Dah tu kita pun kadangnya siap marah lagi kata player lembiklah, sikit-sikit jatuh dan banyak lagilah kutukan apa semua kita bagi.

Advertisement

Untuk makluman, berguling-guling ini bukan saja skil berlakon suka-suka tau. Tapi  ia adalah strategi juga. Benda yang kita perlu tahu ialah terdapat 2 kategori dramatik ni;

1. Simulasi
2. Overreact

1. SIMULASI

Simulasi ni jadi bila berpura-pura buat sesuatu yang ‘ekstra’ bila pemain lawan buat foul. Sajala nak bagi nampakkan foul tu macam teruk sangat. Contoh masa kena tackle, takde contact pun tapi kau punya diving ke berguling tu bukan main lagi macam but Defender tu dah kena tulang kering kau lalu ia patah. Padahal tu clean tackle dan tiada contact.

Dalam peraturan, simulasi sebegini tak dibenarkan. Selalunya yang berguling tu akan kena amaran dan sepakan percuma diberi pada pihak lawan.

Tapi, bila kau buat ni di kawasan kotak penalti, kadang-kadang Pengadil pun susah nak putuskan ni berlakon ke betul-betul ni. Disebabkan kekeliruan, untung-untung bukan saja Free kick, tapi Pengadil bagi penalti lagi. Jadi sebab tu la banyak je player suka buat ‘simulasi’ ni terutama kat kawasan-kawasan kotak penalti tu.

2. OVERREACT

Yang kedua; overreact tu pulak bila mana memang ada terjadi ‘contact’ tapi berlebih-lebihan pulak reaksi. Kita tengok ni pun kadang geram je.

Ok, tapi benda ni secara teknikal dia tidak menyalahi peraturan pun. Contoh situasi, Sumareh kena bentes dekat kaki, kemudian dia pun pegang kaki dan berguling-guling. Kita tak boleh nak agak pun berapa teruk kecederaan dia. Jadi Pengadil pun hentikanlah perlawanan kejap. Tanya kat Sumareh, angkat tangan minta Medic standby. Kalau Pengadil rasa macam teruk ni, pihak yang bentes tu kenala amaran ke, kad kuning, merah ke apa-apalah.

Lepas dah bagi kad pada Defender sebab Ref ingat cedera teruk, sekali Sumareh pun bangun sambil kesat-kesat rumput yang melekat di but dan shinpad dia. Rupanya auta je lebih. Memang ambil kesempatan betul atas kelemahan Ref sebagai manusia. Tapi kad dah bagi ni, mana boleh tarik balik.

TETAPI….

Kalaulah Sumareh tu kena siku kat belakang atau baju ditarik, kiranya memang ada contact dan tetiba dia berguling-guling sambil pegang muka. Itu boleh dikira sebagai simulasi. Jadi Sumareh boleh diberikan amaran, bukan player yang buat contact tu.
Kecualilah kalau Sumareh berguling dan lepas tu terbaring tak bangun-bangun, mungkin kena periksa apa punya cedera pulak dari contact tu.

Yang penting, dalam peraturan FIFA, 90 minit permainan mana ada rehat. Dahla dulu boleh 3 kali je ganti dengan pemain simpanan. Jadi inilah dia strategi nak lengahkan masa. Sempatlah rehat sekejap ambik angin sambil-sambil ada juga pemain yang lari cepat-cepat ke tepi padang mintak air.

Bagi can lah..korang main kat court futsal bukan yang saiz FIFA pun sampai terjelir lidah, apatah lagi yang main padang full size lari 90 minit. Empatilah sikit.

Jom kita layan video di bawah, gerenti geram:

Comments