Kenapa Kad Merah Wujud Dalam Bola Sepak

LONDON, ENGLAND - JUNE 02: Referee Fernando Santos from Italy shows a red card during the International Friendly match between England and Portugal at Wembley Stadium on June 2, 2016 in London, England. (Photo by Matthew Ashton - AMA/Getty Images)

Kad merah boleh menjadi igauan buruk bagi seorang pemain profesional terutamanya jika dia melalukan foul yang sia-sia.

Salah satunya adalah seperti menanduk pemain lain ketika minit awal perlawanan dan menepuk kepada kawan di depan pengadil.

Advertisement

Implikasinya kepada pasukan adalah terpaksa bermain dengan 10 orang pemain dan perlu meletakkan bas di depan pintu gol.

Persoalannya kenapa wujud kad merah dalam bola sepak?

Kan lebih indah jika kad merah tiada kerana keadilan bisa ditegakkan.

Semuanya bermula ketika perlawanan Chile menentang Italy dalam Piala Dunia 1962.

Ken Aston mendapati salah seorang pemain Italy telah melakukan kesalahan lantas membuangnya dari padang.

Oleh kerana pemain Italy itu tidak memahami percakapan Ken Aston, dia enggan meninggalkan padang.

Isu yang sama sekali lagi berlaku ketika Piala Dunia 1966. Ken Aston yang telah menjadi ahli jawatankuasa pengadil FIFA perlu memikir solusi bagi mengatasi masalah ini.

Akhirnya Ken Aston mendapat idea bernas apabila terpandang lampu isyarat di simpang jalan.

Dari situ Ken Aston terinspirasi untuk menghasilkan kad kuning dan kad merah berdasarkan maksud warna lampu isyarat.

Kedua-dua kad ini pertama kali dicuba dalam Piala Dunia 1970 di Mexico. Penggunaan kad merah dan kad kuning mendapat reaksi yang positif daripada pemerhati bola sepak.

Secara beransur-ansur, peraturan itu mula diterima di seluruh Eropah tetapi berlaku sedikit kekeliruan di England.

Pengadil di England seolah-olah amat mudah untuk melayangkan kad merah kepada pemain. Tindakan ini membuatkan penyokong tegar dan hooligans berasa agak kurang senang dengan pengadil.

Bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi, FA Council telah mengambil keputusan untuk memansuhkan kad merah dengan harapan penyokong akan berpuas hati.

Pemansuhan itu jelas sekali sangat tidak disenangi oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dengan tanggapan England seperti mengundur ke belakang.

Akhirnya, England telah memperkenalkan kembali kad merah dalam perlawanan bola sepak.

Bermula sejak itu, sudah ratusan ribu pemain menerima kad dan pemain berprestij juga turut tidak terkecuali.

Jadi kalau tak nak kena kad merah, bermainlah dengan sopan dan santun.

#iSportsAsia

Comments