Kenapa Ada Team Yang Letak Bas Di Depan Pintu Gol

Baru-baru kita telah melihatkan sebuah pasukan daripada utara yang meletakkan kesemua Bas Rapid Penang di atas padang bagi mengekang asakan pasukan selatan tanah air.

Hal itu lantas memberi reaksi kurang jurulatih dan pemiliki pasukan selatan terhadap corak pemainan pasukan utara.

Advertisement

Salah ke letak bas dekat depan pintu gol?

Jawapannya tidak salah kerana park the bus merupakan salah satu taktikal yang digunapakai dalam bola sepak.

Secara asasnya, taktikal ini berfungsi apabila 2 lapis pertahanan berada dalam garisan rendah bagi mengekang penyerang lawan.

Bermakna 8 orang pemain akan bertahan ditempat sendiri. Lagi dua orang pemain akan berada di garisan tengah bagi menunggu serangan balas.

Untuk memainkan taktikal ini, formasi 4-4-2 atau 4-1-4-1 diperlukan bagi membentuk dua lapis pertahanan apabila diserang.

Siapakah yang mempopularkan istilah dan taktikal Park The Bus?

Ramai yang menyatakan bahawa istilah dan taktikal ini terbentuk ketika Jose Mourinho mengendalikan Chelsea dari tahun 2004 hingga 2007.

Bermula sejak itu sebut sahaja Jose Mourinho, pasti taktikal Park The Bus akan meniti dibibir. Bahkan setiap pasukan yang dikendalikan oleh Jose Mourinho turut mengadaptasi taktikal Park The Bus biarpun pada asalnya bermentaliti menyerang.

Walau bagaimanapun, istilah itu dikatakan mula-mula muncul apabila Jose Mourinho mengkritik corak permainan Tottenham Hotspur yang seri menentang Chelsea pada 2004.

Menurut Jose Mourinho, Tottenham Hotspur seseolah seperti telah meletakkan bas di depan pintu gol sehingga menyukarkan para pemain Chelsea menjaringkan gol.

Mungkin ramai yang akan cakap taktikal Park The Bus ini orang penakut je guna. Tapi harus diingat dengan taktikal inilah Chelsea berjaya memenangi trofi Liga Perdana Inggeris 2004-2005.

Selain itu, Jose Mourinho bersama taktikal Park The Bus berjaya membantu Inter Milan menjulang treble pada musim 2009-2010. Taktikal ini juga digunakan oleh Inter Milan sebagai jawapan untuk menjinakkan Barcelona pada separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2010.

Dari situ, semakin banyak pasukan yang menggunakan pendekatan Park The Bus ketika menghadapi pasukan seperti Barcelona.

Kemuncaknya adalah taktikal Park The Bus memberikan kemenangan kepada Chelsea apabila berjaya menewaskan Barcelona melalui gol penyerang paling kelakar iaitu Fernando Torres.

Kesimpulannya, nak letak kapal terbang atau ISS dekat pintu gol memang boleh. Tapi jangan sampai tepis bola pun asyik cedera sahaja.

#iSportsAsia

Comments