Kemenangan Juan Sebastian Molano Di Peringkat Kedua Ditarik Balik

Sebentar tadi pihak LTdL telah membuat keputusan yang agak mengejut apabila telah bertindak menarik balik kemenangan Juan Sebastian Molano dari UAE Team Emirates.

Semua itu dilakukan kerana Juan Sebastian Molano berlumba secara berbahaya dan boleh mendatangkan masalah kepada pelumba lain.

Advertisement

Jadi Juan Sebastian Molano secara rasmi telah disingkirkan daripada peringkat kedua LTdL 2022. Hal ini sekaligus pelumba ditempat keduai iaitu Craig Wiggins dari ARA Pro Racing Sunshine Coast telah dinobatkan sebagai juara terbaru perlumbaan peringkat kedua.

Bagi keputusan lain, masih lagi sama iaitu jersi kuning dan jersi hijau masih lagi disandang oleh Gleb Syritsa. Biarpun Jambaljamts Sainbayar gagal mempertahankan jersi merah tetapi beliau masih mempertahankan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia dan berada di tempat ketiga bagi peringkat kedua.

Hanya Reinardt Janse Van Rensburg yang merupakan juara edisi lalu yang masih lagi cemerlang menempatkan diri mereka dalam top 10 bagi perlumbaan peringkat kedua.

Dari aspek pasukan Uno-X Pro Cycling Team merampas kedudukan pertama daripada Movistar Team. Manakala MULA berjaya atasi Thailand Continental Cycling Team sebagai pasukan Asia terbaik bagi perlumbaan peringkat kedua. Tapi Thailand Continental masih pegang rekod pasukan Asia terbaik secara keseluruhan.

Diharap kejadian seperti hari ini tidak lagi berlaku di masa hadapan. Kepada para pelumba, bertandinglah dengan selamat dan adil.

Comments