Kemenangan India Membawa Erti Badminton Coming Home

Baru-baru ini negara yang hanya menjadi belasahan dalam sukan badminton suatu ketika dahulu iaitu India telah berjaya menjulang Piala Thomas.

Tambah memeranjatkan lagi India berjaya menyingkirkan dua gergasi badminton dunia iaitu Malaysia dan Indonesia ke lembah kehinaan.

Advertisement

Walau bagaimanapun jika dilihat kepada ranking pemain-pemain badminton India, ini bukanlah satu kejutan kerana ramai pemain mereka berada dalam top 20 dunia. Sementara semua negara berdekatan Uganda hanya memerah keringat seorang sahaja pemain badminton dengan harapan mampu memberikan kejayaan segera.

Kejayaan India ini juga telah membawa mesej bahawa badminton coming home buat pertama kali dalam sejarah.

Betul ke sebab badminton diketahui berasal daripada Gloucestershire, England pada akhir abad ke-19.

Jawapannya adalah separa benar kerana permainan seumpama badminton telah wujud di India sejak 1500 sebelum masihi yang dipanggil sebagai Poona.

Pada awalnya Poona dimainkan menggunakan tangan dengan tapak tangan berfungsi seakan-akan badminton pada hari ini. Bermakna untuk melakukan smash, anda perlu menghayunkan sekuat hati tangan anda untuk menewaskan pihak lawan.

Lama-kelamaan, Poona mula dimainkan menggunakan kaki sehingga menyukar wanita beradaptasi. Hal ini membuatkan sukan tersebut terpaksa dimainkan secara berasingan tanpa melibatkan perlawanan lelaki vs wanita.

Macam mana badminton boleh terhasil daripada Poona?

Ketika British mula-mula menjajah India, mereka mendapati hampir keseluruhan penduduk negara itu sangat gemar bermain Poona untuk mengisi waktu lapang ketika waktu petang.

Para tentera British yang bertugas di India ada yang menyertai penduduk tempatan untuk menikmati Poona. Apabila tempoh perkhidmatan mereka tamat, tentera British itu telah membawa permainan Poona pulang ke Britain.

Bermula dari situ, Poona mula mendapat perhatian masyarakat Britain untuk dimainkan bagi mengisi waktu lapang. Walau bagaimanapun bagi golongan bangsawan, Poona adalah suka yang sangat jelek.

Oleh sebab itu Poona hanya dimainkan di kawasan-kawasan kampung dan ruangan yang terhad sahaja. Lama-kelamaan, poona berjaya mendaki puncak populariti sehingga golongan bangsawan mula memberikan perhatian terhadap sukan tersebut.

Selepas itu golongan bangsawan ini mula ingin menyebarkan Poona di serata Eropah setelah berjaya menguasai permainan tersebut. Akhirnya sebuah temasya telah diadakan di sebuah tempat bernama Badminton untuk memperkenalkan Poona kepada masyarakat Eropah.

Semenjak itu, Poona mula dikenali sebagai badminton dan mula berelovusi seperti apa yang kita lihat sekarang.

Apa-apapun tahniah kepada India kerana berjaya membawa badminton kembali pulang ke tanah kelahirannya.

Kepada negara berdekatan Uganda, jangan sampai dah terhantuk baru nak sedar.

 

Comments