FIFA 21 telah membuka tirai hampir tiga minggu yang lalu, kemeriahan ini boleh dilihat apabila ramai pemain dan kelab bola sepak mula berkongsi info tentang permainan video ini.

Kemeriahan yang sama dapat dilihat di Malaysia apabila kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan telah pun mula dianjurkan secara atas talian.

Advertisement

Namun sejauh manakah pemain-pemain FIFA 21 ini tahu bagaimana cara untuk melayakkan diri menuju kejohanan dunia FIFA 21?

Berikut merupakan langkah langkah yang perlu dilakukan. Format kali ini dikatakan agak berbeza berbanding tahun sebelum ini kerana impak Covid-19.

Pemain pemain FIFA 21 perlu menyertai sesi kelayakkan yang pertama iatu Weekend League.

Kelayakkan yang pertama ini memerlukan para pemain mendapat kedudukan Elite 1 semasa sesi kelayakkan.

Elite 1 bermaksud pemain perlu menang sekurang kurangnya 27 perlawanan daripada 30 perlawanan.

Selepas mendapat kedudukan Elite 1, pemain secara automatik akan mendapat status verified player dan akan dibenarkan untuk bertanding dalam peringkat Asia Timur.

Secara tidak langsung, pemain sudah dapat mewakili Malaysia untuk peringkat antarabangsa. Setiap sesi kelayakan ini akan memberikan mata bergantung kepada kedudukan akhir.

Dari semua kejohanan kelayakan yang diadakan, pemain-pemain yang mempunyai kedudukan terbaik akan layak ke peringkat dunia.

Bagi zon Asia Timur, terdapat tiga kelayakkan yang akan diadakan.

Sesi kelayakkan ini akan melibatkan negara negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Japan, Malaysia, Philippines, Singapore, South Korea, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Sudah semestinya negara-negara dari benua Eropah akan memberikan saingan paling sengit kepada negara lain.

Status Jerman sebagai juara edisi lalu pasti akan membuatkan pemain negara mereka ingin mengekalkan status juara dunia itu.

Walau bagaimanapun, tiada lagi pemain Malaysia layak sehingga peringkat akhir kejohanan dunia FIFA 21.

Namun mungkin pada tahun 2020/2021 ini akan memberikan satu sinar baru kerana terdapat ramai bakat bakat muda serta pemain berpengalaman negara menyertai peringkat kelayakkan.

Nama nama besar seperti LuqmanHzq, AmTuah serta Shige yang sudah berpengalaman besar dalam arena antarabangsa pasti memberikan seribu satu impak.

Isports Asia mengucapkan selamat berjaya kepada pemain pemain Malaysia. Semoga juara dunia FIFA akan lahir daripada negara kita. Tidak ada yang mustahil, Malaysia pasti boleh.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments