Malam tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan antara Buriram United menentang TRW Kelantan di Songkla, Thailand.
Jika dilihat atas kertas, kualiti antara kedua-dua pasukan bagaikan langit dengan bumi. Sebab Buriram United merupakan juara bertahan Thai League. Manakala Kelantan hanyalah naib juara Liga Perdana Inggeris.
Tambahan lagi, Buriram turut menurunkan dua pemain kebangsaan Thailand iaitu Supachai Jaided dan Suphanat Mueanta. Perlawanan ini juga menjadi debut untuk Dion Cools bersama Buriram United.
Bermula sahaja perlawanan, Buriram United terus mendominasi permainan. Hasilnya Suphanat Mueanta berjaya menyumbang gol pertama seawal minit ke-8.
Selepas itu Buriram United mudah menambah lagi 3 jaringan menerusi Jonathan Bolingi, Suphacai Jaided dan sekali lagi adalah Suphanat Mueanta. Tamat separuh masa pertama, Buriram United mudah mendahului Kelantan dengan jaringan 4-0.
Memasuki separuh masa kedua, Kelantan masih lagi tak mampu untuk bangkit. Sebab Buriram United menjaringkan lagi 3 gol menerusi Haris Vuckic, Goran Causic dan Narubadin.
Apa yang menariknya adalah Dion Cools turut menyumbang assist dalam perlawanan tersebut. Sepakan sudut yang diambil oleh Dion Cools berjaya ditanduk oleh Narubadin lantas membuatkan Kelantan terkulai layu. Tamat perlawanan Kelantan diayam-ayamkan dengan jaringan 7-0.
Semoga perlawanan ini menjadi pengajaran berguna bagi Kelantan. Sebab bukan mudah nak lawan pasukan elit Thailand yang beraksi di ACL. Sedangkan JDT pun kena bantai dengan kelab ACL, apatah lagi Kelantan. Harap Kelantan bangkit selepas ini.