Kelantan Jadi Nasi Ambeng Di Stadium Sultan Ibrahim

Malam tadi telah berlangsung perlawanan kedua peringkat suku akhir melibatkan JDT menentang Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim.

Atas Kelantan, JDT kelihatan tiada masalah untuk menewaskan Kelantan. Ye lah dekat Kota Bharu pun rilek je JDT ajar Kelantan apa itu bola sepak sebenar.

Advertisement

Perlawanan bermula, JDT tidak perlu tunggu lama apabila Bergson berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-12.

Walau bagaimanapun JDT terpaksa menunggu sampai minit ke-34 untuk mendapatkan gol kedua. Kali ini Bergson sekali lagi meledak melalu sepakan percuma yang deras.

Tiga minit selepas itu Bergson tiba lagi dengan jaringan ketiga setelah berjaya menolak mudah hantaran daripada Akhyar Rasyid. Kelantan sepatutnya boleh mengelakkan diri daripada dibolosi tetapi pemain pertahanan gagal mengeluarkan bola dengan sempurna.

Selepas itu dua jaringan lagi terhasil menerusi Syahmi Safari dan Nazmi Faiz lantas menjadikan agregat kepada 8 berbalas telur masin.

Apabila masuk ke separuh masa kedua, Kelantan telah mengeluarkan penjaga gol utama untuk mengelakkan daripada terus dibolosi. Percaturan itu berhasil kerana Kelantan tidak dibolosi langsung oleh JDT.

Tapi kena faham juga, JDT telah memperlahankan rentak permainan pada separuh masa kedua. Ye lah, nak jaringkan gol banyak-banyak buat apa. Benda dah menang pun.

Tamat perlawanan, JDT mudah menjadikan Kelantan serupa hidangan nasi ambeng lantas layak ke peringkat separuh akhir.

Apa-apapun, JDT masih lagi tidak mampu membalas dendam ke atas kekalahan 6-1 pada musim 2013. Biarpun malam tadi berpeluang, JDT tidak melakukannya kerana hormat kepada pasukan Kelantan.

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya layak sampai ke peringkat suku akhir walaupun jadi nasi ambeng. Moga musim depan, Kelantan kembali dengan lebih garang lagi.

Comments