Kelab Sultan Sulaiman, Kelab Bola Sepak Tertua Di Malaysia

Tahukah anda, Kelab Sultan Sulaiman adalah kelab bola sepak tertua di Malaysia. Kelab ini ditubuhkan pada 1909 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ianya berfungsi seperti kelaziman kelab-kelab sukan di Eropah iaitu memiliki skuad dalam beberapa jenis sukan seperti bola sepak, tenis, kriket dan badminton.

Kelab Sultan Sulaiman juga telah berjaya melahirkan ramai permata bola sepak negara seperti Ghani Minhat, Mokhtar Dahari dan Zainal Abidin Hassan. Dalam pertandingan bola sepak, Kelab Sultan Sulaiman pernah menjuarai Piala FAM pada tahun 1982 dengan menewaskan MAFA FC melalui keputusan 2-1.

Advertisement

Selepas itu Kelab Sultan Sulaiman tampak agak tidak aktif dalam sukan bola sepak dan hilang dalam arena profesional. Hari ini bangunan Kelab Sultan Sulaiman masih lagi wujud dan terletak di Kampung Baru.

#iSportsAsia

 

Comments