Kejayaan atlet negara yang berjaya meraih satu pingat emas pada temasya Sukan Sea lepas dalam acara esukan sudah pastinya menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia.

Buat pertama kalinya acara e-sukan dipertandingkan dan akan berada dalam kiraan pingat ini tidak disia-siakan oleh atlet negara, Dr Yew Weng Kean setelah berjaya memenangi pingat emas.

Advertisement

Hampir memasuki tahun 2021, perhatian peminat sukan sudah mula tertumpu pada edisi Sukan SEA yang dijadualkan berlangsung di Hanoi, Vietnam.

Walaupun belum terdapat apa-apa pengumuman rasmi, sudah terdengar banyak khabar angin yang bertiup kencang perihal esukan.

E-sukan dikhabarkan akan tetap dipertandingkan tetapi terdapat beberapa permainan video yang akan ditukar.

Sumber daripada salah satu jurulatih pasukan menyatakan bahawasanya permainan video FIFA Online 4 dan juga permainan Free Fire akan dipertandingkan.

Kedua-dua permainan ini memang mempunyai pengikut yang tersendiri dan tidak mustahil untuk dilangsungkan.

Namun khabar angin juga mengatakan dua permainan video akan disingkirkan adalah Dota 2 dan Tekken.

Hal ini sebenarnya memberi kesan kepada peminat daripada segi mental kerana umum mengetahui bahawa Dota 2 mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Begitu juga dengan permainan Tekken.

Walau bagaimanapun, kita harus menunggu keputusan rasmi dari pihak tuan rumah.

Namun saya percaya apa jua permainan yang dipertandingkan sudah pasti Malaysia akan menghantar atlet terbaik untuk merangkul pingat emas.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments