Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita bahawa bekas jurulatih Bayern Munich U19 dan bekas pengarah National Football Development Programme (NFDP) dilantik sebagai jurulatih baru Perak FC.
Situasi ini sangat memeranjatkan kerana sebelum ini tidak kedengaran ura-ura Lim Teong Kim bakal kembali ke Malaysia. Malah gajinya yang begitu tinggi buatkan mustahil untuk kelab-kelab di Malaysia dapatkan beliau. JDT yang terkenal dengan bajet begitu tinggi pun tak mampu nak ambil Lim Teong Kim.
Menurut pengerusi Perak FC iaitu Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, kehadiran Lim Teong Kim adalah untuk menyusun kembali struktur pasukan yang sudah rosak selepas dilanda kekalahan sebanyak 3 kali berturut.
Jadi pandangan Lim Teong Kim dalam pengurusan akar umbi dan pengendalian ubi muda sangat diperlukan oleh Perak FC bagi membina pasukan yang lebih kuat di masa hadapan.
Adakah Lim Teong Kim mampu membantu Perak FC bangkit semula lantas mula bersaing dengan JDT dan merebut slot Asian Champions League (ACL) 2024-2025?
Kalau kita lihat kepada rekod, kehebatan Lim Teong Kim tidak perlu lagi dipertikai. Ketika bersama dengan Bayern Munich U19, Lim Teong Kim adalah individu yang bertanggungjawab melatih Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can. Hasil didikan beliau, pemain seperti Thomas Muller dapat membantu Jerman menjuarai Piala Dunia.
Selepas 12 tahun bertugas dengan Bayern Munich, Lim Teong Kim telah pulang ke Malaysia untuk menjadi pengarah NFDP. Kehadiran beliau diharap mampu memperbetulkan kembali bola sepak Malaysia bermula daripada era kanak-kanak.
Hasilnya, Malaysia sudah mampu bersaing dengan kuasa-kuasa bola sepak dunia ketika di peringkat junior. Malang sekali belum sempat pemain-pemain NFDP beri impak kepada skuad senior, khidmat beliau telah ditamatkan atas alasan gaji yang diperoleh terlalu tinggi.
Ada yang cakap daripada bayar Lim Teong Kim, lebih baik derma dekat orang susah. Padahal dia sendiri nampak member susah pun dia buat bodoh je.
Selepas itu, Lim Teong Kim sepi sedikit daripada aktiviti bola sepak sehinggalah Perak FC datang melamar. Selama bersama NFDP, Luqman Hakim dan Arif Aiman antara pemain yang berjaya dituai.
Sekarang ini cuba bayangkan skuad Perak FC di masa hadapan? Kita akan dapat melihat baka pemain seperti Thomas Muller, Arif Aiman dan Luqman Hakim bakal lahir di Perak FC