Selepas membeli bintang Asia PSV Eindhoven, Park Ji-sung dengan harga £2 juta pada tahun 2005, populariti Manchester United di benua itu terutama Korea Selatan meningkat secara mendadak.

Namun kedudukan mereka kini digantikan oleh Tottenham Hotspur pada tahun 2018. Terima kasih kepada populariti seorang lagi bintang Asia serta Korea Selatan, Son Heung-min.

Advertisement

Sebelum Heung-min, Spurs sebenarnya pernah mempunyai seorang pemain Korea dalam pasukan iaitu bek kiri Lee Young-pyo.

Kredit: Yahoo

Young-pyo sebenarnya merupakan rakan sepasukan Ji-sung dalam PSV dan pasukan kebangsaan Korea Selatan sebelum mengikutnya mengembara ke England dengan yuran perpindahan £3 juta.

Beliau kekal bersama Spurs selama tiga musim sebelum berpindah ke Borussia Dortmund pada tahun 2008.

Justeru, tidak hairanlah apabila bekas pengurus Mauricio Pochettino membelinya pada tahun 2015 dengan yuran perpindahan £22 juta dari Hamburg, tiada siapa menyangka impak yang dibawa penyerang Korea Selatan itu.

Berdasarkan kaji selidik Nielsen Sports, 21.4% penduduk memilih Spurs sebagai pasukan pilihan mereka berbanding 6.1% untuk Manchester United.

Pengarah urusan antarabangsa Nielsen Sports, Marco Nazzari berkata, “Populariti Tottenham Hotspur jelas menunjukkan impak positif seorang pemain terhadap sesebuah francais sukan dalam pasaran di bahagian lain dunia.”

Perkara ini pernah disaksikan Red Devils menerusi pembelian Ji-sung pada tahun 2005 sekaligus memarakkan minat rakyat Korea Selatan terhadap Liga Perdana Inggeris.

Heung-min kini menjadi ayam tambatan Spurs sebaris dengan Harry Kane, Dele Alli dan Gareth Bale telah menjaringkan 59 gol dalam 164 perlawanan liga.

Bulan lepas, beliau mencipta rekod sebagai pemain Asia pertama menjaringkan empat gol dalam perlawanan liga semasa menentang Southampton.

Dengan atlet peluncur ais Kim Yuna bersara dan perenang Park Tae-hwan tidak lagi menjadi sebutan, nama Heung-min pula yang menjadi kebanggaan warga Korea sebagai atlet nombor satu negara itu.

Wajahnya menjadi pilihan para pengiklan dan gol-golnya bersama Spurs yang disiarkan di media tempatan sentiasa menarik minat orang ramai.

#iSportsAsia

Oleh: Moustapha Abbas

Sumber

Reuters. (2020). Football: Korean fans abandon Manchester United for Tottenham thanks to Son Heung-min. The Straits Times.  Dipetik daripada https://www.straitstimes.com/sport/football/football-korean-fans-abandon-manchester-united-for-tottenham-thanks-to-son-heung-min

Comments