Awal pagi tadi kita disajikan dengan perlawanan kedua separuh akhir Piala Dunia antara Perancis menentang Maghribi.
Jika dilihat atas kertas, Perancis memiliki lebih banyak kelebihan kerana turun sebagai juara bertahan. Tapi jangan lupa Maghribi berjaya mengalahkan tiga gergasi bola sepak dunia iaitu Belgium, Sepanyol dan Portugal.
Rekod head to head juga tunjuk perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri. Jadi apa-apa kemungkinan boleh berlaku.
Bermula sahaja perlawanan, Perancis terlebih dahulu menekan Maghribi. Hasilnya Theo Hernandez berjaya menjaringkan gol pada minit ke-5 setelah berjaya menyambut sepakan Kylian Mbappe yang terbias pertahanan Maghribi.
Paling kelakar sekali adalah hampir kesemua pertahanan Maghribi mengerumuni Mbappe dan membiarkan Theo Hernandez kesepian di belah kanan.
Maghribi tak tunggu lama apabila pantas merespon dengan percubaan Ounahi pada minit ke-10. Perancis bernasib baik sebab Hugo Lloris berjaya membaca sepakan itu dengan cemerlang.
Selepas itu Maghribi lebih banyak menguasai bola dan menyerang. Tapi susah betul nak dapatkan on target.
Perancis pulak secara tiba-tiba melakukan serangan balas setelah pertahanan Maghribi alpa dalam membuat hantaran. Mbappe hampir sahaja dapat jaringan gol kedua tetapi sepakannya dikeluar oleh pertahanan Maghribi.
Malangnya bola itu jatuh betul-betul dihadapan pemain Perancis dan hantara terus dibuat kepada Giroud. Dia gagal untuk jaringkan gol walaupun tidak dicabar.
Perancis lebih banyak bertahan sehingga membenarkan Maghribi menguasa perlawanan. Perancis hanya tunggu counter attack untuk memulakan serangan. Tamat separuh masa pertama Perancis mendahulu Maghribi dengan keputusan 1-0.
Memasuki separuh masa kedua, Maghribi susun kembali permainan mereka untuk terus menekan Perancis. Serangan bertali arus dilancarkan oleh Maghribi tapi semuanya sia-sia.
Pemain-pemain Maghribi juga gemarkan bazirkan peluang terhidang di depan gol. Banyak situasi yang bolehkan pemain Maghribi jaringkan gol. Sebab lambat buat keputusan, peluang itu terus ditutup oleh pertahanan Perancis.
Ketika Maghribi rancak mencari gol kedua, Perancis datang lagi kali melalui gol pemain gentian iaitu Kolo Muani. Cara gol ini dijaringkan sama seperti gol pertama. Mbappe diapit oleh hampir kesemua pemain pertahanan Maghribi. Sepakannya terbias pertahanan Maghribi sebelum sampai ke Kolo Muani untuk jaringkan gol.
Setelah dapat 2 gol, Perancis memperlahankan rentak permainan lantas beri peluang untuk Maghribi menyerang. Macam biasa, satu gol pun tak dapat. Tamat permainan, Perancis layak ke final untuk bertemu Argentina.