
Karim Benzema yang sebelum menjadi harapan Perancis di barisan hadapan, dijangka tidak dapat beraksi di Piala Dunia angkara kecederaan.
Walau bagaimanapun beberapa laporan mengatakan, Karim Benzema hanya terlepas beberapa perlawanan sahaja. Tapi ada pula yang cakap, Karim Benzema tidak bermain langsung.
Jika benar, ini merupakan satu malapetaka kepada Karim Benzema kerana bukan untuk dia sampai ke tahap sekarang. Ye lah dulu tak dapat main Perancis sebab buat hal dengan member. Lepas tu dekat kelab, jadi tukang passing bola semata-mata mahu melihat kambing menjaringkan banyak gol.
Lepas kambing keluar barulah Karim Benzema menyinar semula lantas mendapat panggilan Perancis. Karim Benzema tidak menunggu lama apabila dia berjaya memberikan impak segera kepada Perancis dalam EURO 2020.
Buktinya, Karim Benzema dapat menjaringkan empat gol lantas membawa Perancis sehingga peringkat 16 terbaik.
Tapi kalau dia sorang je yang main bagus, tak boleh juga. Masa tu, pemain macam Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe main macam budak-budak. Habis terkontang-kanting Karim Benzema nak jaringkan gol.
Sekarang ni dia pula yang cedera. Jadi Perancis nak bergantung harap kepada siapa?
Oliver Giroud ke? Dia tu jadi tunggul depan pintu gol boleh lah. Apa-apapun semoga Karim Benzema cepat sembuh dan bantu Perancis pertahankan Piala Dunia.