Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan pemain pertahanan Sabah iaitu Rizal Ghazali menolak panggilan skuad kebangsaan. Beliau dipanggil setelah pemain pertahanan JDT iaitu Syahmi Safari memohon pengecualian kerana kelahiran kembar 3.
Disebabkan oleh penolakan oleh Rizal Ghazali, ketua jurulatih Malaysia iaitu Kim Pan-gon telah memanggil pemain pertahanan daripada Negeri Sembilan iaitu Ahmad Khuzaimi Pie bagi mengisi kekosongan itu.
Tindakan Rizal Ghazali membuatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berang lantas boleh dijatuhkan hukuman kerana menolak panggilan tanpa sebab yang konkrit.
Kim Pan-gon pula masih lagi tenang dengan menyatakan dia tidak mahu terburu-buru menghukum Rizal. Beliau berpendapat mungkin Rizal ada sebab tersendiri untuk menolak seruan kali ini.
Perkara ini bukan setakat terjadi di Malaysia sahaja bahkan turut berlaku di pentas antarabangsa.
Bekas kapten Rusia iaitu Artem Dzyuba telah menolak panggilan skuad kebangsaan atas alasan Rusia telah menyerang Ukraine. Dzyuba menyatakan terdapat ramai saudara-maranya di Ukraine dan beranggapan serangan Rusia adalah satu tindakan yang kejam.
Apabila ditanya kepada jurulatih Rusia iaitu Valery Karpin mengenai tindakan Artem Dzyuba. Beliau berkata bahawa Artem Dzyuba telah meminta mengecualian daripada Russian Football Union atas sebab keluarga.
Dalam perkembangan terbaru, Rusia telah menyenaraikan 27 orang pemain bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Poland.
Walau bagaimanapun disebabkan oleh serangan Rusia terhadap Ukraine, pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah melarang skuad kebangsaan serta kelab dari Rusia terlibat dalam mana-mana kejohanan.
Jadi berkemungkinan Rusia akan dilarang daripada beraksi di Piala Dunia 2022 seandainya layak selagi mana mereka tidak menghentikan serangan terhadap Ukraine.
Selain itu, kes Rizal Ghazali ini bukan pertama kali berlaku. Hal ini demikian kerana ketika skuad Piala AFF Suzuki 2020 diumumkan, Mohamadou Sumareh telah menolak seruan tersebut.
Hal itu telah menyebabkan pelbagai andaian buruk berlegar-legar disamping pihak FAM langsung tidak menjelaskan situasi sebenar.
Namun semua itu terlerai apabila TMJ telah memberitahu pihak media bahawa Mohamadou Sumareh meminta pengecualian daripada FAM untuk pulang ke kampung halamannya di Gambia.
Diharap selepas ini tiada lagi mana-mana pemain yang menolak seruan skuad kebangsaan.