Juan Manuel Arostegui memulakan kariernya dalam arena bola sepak dengan beraksi bersama Boca Junior di Argentine Primera División.
Walau bagaimanapun, Arostegui hanya sempat bermain tiga perlawanan bersama pasukan itu tanpa sebarang jaringan.
Selepas itu Arostegui berkelana ke beberapa kelab di Argentina sebelum perpindah ke Malaysia untuk beraksi bersama MPPJ FC pada tahun 2003.
Ketika di MPPJ, Arostegui bikin kejutan apabila berjaya menjaring 50 gol dalam kesemua kejohanan pada musim 2003. Hal ini juga merupakan yang pertama kali berlaku dalam arena Liga Malaysia.
Arostegui telah mencatat 33 gol dalam saingan Liga Perdana 2 lantas memperoleh kasu emas, 4 gol dalam Piala FA dan 13 gol dalam Piala Malaysia.
Pada musim yang sama juga Arostegui berjaya membantu MPPJ FC menjadi kelab pertama menjulang Piala Malaysia apabila meledak hatrik untuk menewaskan pasukan Sabah.
Selepas musim yang gemilang di MPPJ, Arostegui mengambil keputusan untuk beraksi bersama Pachuca di liga divisyen utama Mexico iaitu Liga MX.
Tiga tahun selepas itu Arostegui beraksi semula bersama MPPJ FC pada 2006 dengan harapan keajaibannya menjaringkan 50 gol menjelma kembali.
Walau bagaimanapun, segala perancangan tidak seperti yang diharapkan apabila Arostegui dilanda masalah pembayaran gaji sehingga pemain tersebut mengambil keputusan untuk pergi daripada pasukan.
Bersama MPPJ FC ketika itu, Arostegui sempat menjaringkan 17 gol dalan 19 perlawanan. Selepas sahaja tahun 2006, MPPJ FC terus hilang daripada Liga Malaysia kerana masalah kewangan.
Kemusnahan MPPJ FC bikin peminat sedikit terkejut kerana pasukan ini pernah memenangi Piala Malaysia serta miliki Arostegui bahkan pernah digelar sebagai Chelsea Malaysia.
Arostegui kembali sekali lagi ke Liga Malaysia untuk beraksi bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia setelah dipengaruhi oleh rakan sepasukannya di MPPJ FC iaitu Bruno Martelotto.
Rekodnya yang pernah menjaringkan 50 gol bukanlah tiket untuk Arostegui secara automatik membarisi kesebelasan utama ATM apabila terpaksa bersaing dengan Marlon Alex James bagi merebut tempat.
Sepanjang aksinya bersama ATM, Arostegui hanya berjaya menjaringkan 5 gol dalam 14 perlawanan.
Ternyata bisa Arostegui semakin menghilang ditambah lagi dengan peningkatan bola sepak Malaysia sehingga menyukarkan dirinya menjaringkan lebih banyak gol.
Itulah serba sedikit mengenai Juan Manuel Arostegui yang berjaya menjaringkan 50 gol dalam saingan Liga Malaysia.
Sehingga ke hari ini tiada lagi pemain yang mampu menyamai dan mengatasi rekodnya.
Walaupun satu ketika dahulu pernah seorang pemain import di hujung tanah ingin menjaringkan 50 gol tetapi gagal apabila pemain itu hanya beraksi untuk setengah musim sahaja.
Persoalannya berapa gol yang anda mahu?
#iSportsLegend
Sumber
Rajan, K. (2014 Januari 4). Arostegui: I’m glad to be back. The Star. Dipetik daripada https://www.thestar.com.my/…/arostegui-im-glad-to-be-back