Johan Cruyff Bersara Dengan Bergaya

Tidak ramai tahu legenda Belanda dan Ajax Amsterdam, Johan Cruyff memilih beraksi bersama musuh ketat Ajax, Feyernoord pada tahun terakhirnya sebagai pemain. Beliau berpindah ke De Kuip pada musim panas 1983 selepas kelab enggan menawarkan kontrak baru kepadanya atas faktor usia.

Pada awalnya, ramai penyokong De club aan de Maas menolak sekeras-kerasnya perpindahan tersebut. Kalau dilihat dalam konteks hari ini, ia seperti melihat ulangan Luis Figo berhijrah dari Barcelona ke Real Madrid atau Ashley Cole berpindah dari Arsenal ke Chelsea.

Advertisement

Perpindahan sebegini sememangnya kontroversi dan berpotensi mengundang kemarahan penyokong.

Namun dalam tempoh semusim, Cruyff berjaya menyakinkan penyokong bahawa beliau masih lagi berbisa. Walaupun kelab mengalami kekalahan teruk 8-2 di tangan Ajax pada musim 1983-1984, Feyernoord berjaya muncul menggondol kejuaraan liga dan Piala KNVB. Dan Cruyff turut dianugerahkan anugerah pemain terbaik pilihan wartawan Belanda pada musim yang sama.

Setelah itu, barulah beliau mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.

#iSportsAsia

 

Comments