Malam tadi telah berlangsung perlawanan tumpuan antara juara dunia 4 kali iaitu Jerman menentang Jepun.
Jika dilihat atas kertas, Jerman miliki kelebihan kerana membariskan bintang-bintang yang cukup hebat seperti Serge Gnabry, Jamal Musiala dan Kai Havert. Jepun pula memiliki Takefusa Kubo yang pernah mengejutkan dunia ketika peringkat bawah umur.
Jadi Jerman dijangka tiada masa untuk menjinakkan Jepun. Tapi kita harus ingat pada edisi Piala Dunia 2018, Jerman pernah tewas kepada Korea Selatan melalui dua jaringan saat akhir.
Bermakna tidak mustahil Jepun mampu mengejutkan Jerman. Ditambah lagi baru-baru ini Arab Saudi berjaya menewaskan pasukan di ranking ketiga dunia iaitu Argentina.
Bermula sahaja separuh masa pertama, Jerman terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Jepun. Hasilnya Jerman berjaya memperolehi penalti apabila David Raum dijatuhkan oleh Shuichi Gonda di dalam kotak penalti.
Ikay Gundongan yang diberikan peranan sebagai pengambil sepakan penalti menyempurnakan tugasnya lantas membuat Jerman 1 gol di hadapan. Keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Jerman sekali lagi serang ke gawang Jepun tanpa belas kasihan. Nasib baik pemain Jepun dapat bertahan dengan begitu jitu.
Pada minit ke 75, Jepun membuat kejutan dengan menjaringkan gol melalui Ritsu Doan yang langsung tidak dikawal. Gol ini sekaligus memadam terus kelebihan Jerman pada separuh masa pertama.
Jepun yang sedar mereka mampu bikin kejutan seperti Arab Saudi terus tingkatan intensiti permain bagi memburu jaringan kemenangan. Gol itu hadir juga pada minit ke 83 setelah Takuma Asano berjaya menyambut hantaran jauh daripada Ko Itakura.
Setelah itu Takuma Asano membawa lari bola itu ke arah Neuer sebelum melepaskan ledakan di ruang yang sangat sempitnya. Hasilnya kedudukan mula berubah dengan Jepun mendahului Jerman 2-1.
Melihat kepada tragedi ini, Jerman mula serang bertubi-tubi dan Jepun pula mengubah formasi kepada lebih defensif. Serangan itu bikin Jerman mampu menghasilkan gol tetapi ketumpulan barisan depan menghampakan semua.
Tamat perlawanan, Jerman kalah kepada Korea Selatan dengan keputusan 2-1. Jadi Korea Selatan pun mengikut jejak langkah Arab Saudi dalam mengejutkan pasukan gergasi dunia.