Banyak aspek yang akan menentukan ketajaman ataupun persembahan para pemain  di atas padang.

Daripada panjang rumput, jenis rumput, dan juga but bola sepak. Ramai beranggapan pemilihan jenis but bola sepak adalah berdasarkan pada corak ataupun jenama bola sepak.

Advertisement

Jenis tapak kaki akan menjadi faktor utama sebelum memilih but bola sepak. Antara jenis jenis tapak kaki adalah normal, high arc dan juga flat.

Selain itu, alignment kaki juga antara perkara yang harus dititikberatkan untuk mengelakkan berlakunya kecederaan pada pergelangan kaki. Tiga jenis alignment kaki adalah neutral, pronator dan supinator.

Berbeza dengan pemain proffesional yang beraksi di liga yang lebih kompetitif, aspek struktur jari kaki juga diukur untuk ditempah khas.

Terdapat beberapa jenis jari kaki, majoriti manusia mempunyai jenis jari Egyptian. Berbeza dengan jenis Greek dan Peasent, panjang ibu jari kaki untuk Greek dan Peasent adalah berbeze berbanding Egyptian.

Ketebalan kasut juga akan memberikan impak kepada teknikal pemain, semakin tebal but  itu digunakan, semakin bertambah beban ditanggung oleh kaki.

Kebanyakkan pemain sukan ini akan memilih but bola sepak yang nipis dan ringan kerana ingin menambah interaksi dengan bola.

Antara but bola sepak ringan yang menjadi pilihan adalah Puma King II yang beratnya dianggarkan 239 gram dan juga Adidas F50 Adizero yang hanya berat 150 gram.

Atlet juga perlu memastikan kasut yang dipakai tidak terlalu longgar ataupun ketat.

Pemain sendiri disarankan untuk memilih kasut yang longgar sehingga 55mm.Kasut yang terlalu ketat boleh menyebabkan kecederaan manakala yang longgar boleh membuatkan pemain terjatuh ketika melakukan latihan ataupun semasa perlawanan sebenar.

Aspek terakhir yang perlu diutamakan adalah material but bola sepak. Kulit yang digunakan perlu menggunakan kulit asli kerana kulit asli adalah lebih tebal dan menyerap tekanan.

Walaupun kulit asli dikatakan menyerap air terlalu banyak, namun syarikat pembuatan kasut mempunyai solusi sendiri.

Setiap aspek ini akan dipandang berat kerana keselesaan pemain akan menentukan prestasi pemain.

Di samping itu, kecederaan juga boleh dielakkan kerana ukuran kasut yang tidak tepat akan memberi tekanan kepada kaki pemain.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments