Setelah JDT berhasrat untuk tubuhkan pasukan futsal, ramai yang berspekulasi kelab itu akan membeli pemain-pemain terbaik daripada kelab lain.
Hal ini kita boleh lihat ke atas kelab bola sepak JDT itu sendiri. Mereka memborong banyak pemain pada tahun 2013 dan 2014. Pada kali ini barulah mereka tidak mampu dicabar oleh mana-mana pasukan di dalam Malaysia.
Nampak gayanya JDT seperti mahu melakukan perkara yang sama dalam arena futsal. Baru-baru ini Selongor Mac telah mengumamkan selamat tinggal kepada 7 orang pemain mereka.
Pemain-pemain yang disahkan akan meninggalkan pasukan adalah Hadee Taufiq, Azri Rahman, Muhamad Ekmal Sharin, Muhammad Saad Sani, Mohd Azwan Ismail, Mohamad Danial Abdul Dain, dan Firdaus Ambiah.
Sebaik sahaja Selangor Mac mengucapkan selamat tinggal, spekulasi kencang telah bertiup dari arah selatan.
Katanya JDT menjadi pilihan utama untuk ketujuh-tujuh bekas pemain Selangor Mac beraksi dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL).
Jika semua ini menjadi kenyataan, ianya bukan satu kejutan kerana JDT terlalu biasa dengan perkara sedemikian rupa.
Lagipun siapa yang tidak mahu beraksi dengan JDT. Gaji pun sedap, fasiliti kelas pertama dan dapat beraksi di Asia.
Selepas ini pemain pasukan mana pula yang akan mengucapkan selamat tinggal? Kepada Pahang Rangers, berhati-hatilah.
Apa-apapun selamat maju kepada tujuh pemain yang mengambil keputusan untuk tinggalkan Selangor Mac. Kalau benar anda pergi ke JDT, buktikan pilihan itu adalah tepat.