JDT Pinjamkan Kanvas Untuk Perlawanan Malaysia vs Laos

Buat pertama kalinya, kita melihat tiada seorang pun pemain JDT dalam skuad kebangsaan kali. Biarpun begitu, JDT masih lagi mampu membantu apabila meminjamkan kanvas untuk menutup padang Stadium Bukit Jalil menjelang perlawanan menentang Laos malam ini.

Kanvas itu penting menjaga kualiti padang agar tidak kelihatan seperti padi. Dijangka petang ini hujan akan turun di Stadium Bukit Jalil. Sedikit sebanyak, kanvas tu dapat memastikan pada dalam keadaan baik.

Advertisement

Sekaligus para pemain yang beraksi malam ini menampil potensi sebenar dan tidak dilanda kecederaan serius.

Untuk makluman semua, ini bukan pertama kali JDT meminjamkan kanvas kepada Stadium Bukit Jalil. Semasa final Piala FA pun kanvas turut dipinjam bagi memastikan kelancaran perlawanan JDT menentang Terengganu.

Apa-apapun, menutup padang dengan kanvas hanya penyelesaian jangka masa pendek. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kanvas.

Jadi tukarlah rumput padang itu kepada yang lebih sesuai. Pemain Malaysia nak guna hantaran pendek pun mudah.

Comments