Malam tadi telah berlangsung perlawanan separuh akhir pertama di antara Sabah menentang JDT di Likas.
Atas kertas tampak JDT seakan-akan mudah untuk mengetepikan cabarang Sabah. Yelah dalam 8 perlawanan sebelum ini, Sabah tak pernah seri dan menang langsung menentang JDT.
Walau bagaimanapun, perlawanan malam tadi tidak mudah buat JDT. Seperti biasa mula sahaja perlawanan, JDT akan terus mendominasi permainan.
Hasilnya Bergson berjaya menjaringkan gol pada minit ke-22. Sayangnya gol tersebut dibatalkan kerana Bergson berada dalam posisi ofside.
12 minit selepas itu, JDT berjaya juga mendahului setelah Arif Aiman menjaringkan gol secara solo. Paling kelakar sekali adalah pemain Sabah hanya mampu melihat Arif Aiman bergelek lantas menjaringkan gol.
Perlawanan separuh masa pertama tidak terhenti di situ sahaja apabila kontroversi mula melanda. Arif Aiman didakwa telah memijak Damien Lim sehingga menyebabkan penjaga gol Sabah mengamuk sakan. Dia dikenakan kad kuning kerana menolak Arif Aiman.
Masuk separuh masa kedua, JDT terus mendominasi dan semakin banyak kontroversi mula melanda.
Pada minit ke-53, Feroz Baharuddin telah menjatuhkan Amri Yahya sehingga menyebabkan pemain veteran itu mengamuk sakan. Nasib baiklah Feroz terus cool dan berlalu pergi tetapi terus diberika kad kuning. Amri Yahya pula ditenangkan oleh Corbin-Ong bagi mengelakkan pemain veteran itu buat benda bukan-bukan.
Apabila perlawanan memasuki minit ke-56, JDT dikurniakan sepakan penalti setelah Bergson dijatuhkan dalam kotak penalti. Tapi ada yang tidak kena dengan keputusan tersebut.
Ini kerana Bergson berada dalam kedudukan ofside ketika menerima hantaran daripada Fernando Forestieri. Sepatutnya sepakan percuma perlu diberikan kepada Sabah.
Nak buat macam mana, keputusan dah diberi. Sebelum penalti diambil, Amri Yahya buat hal lagi dengan menguis-nguis tempat sepakan penalti. Apa lagi pengadil pun bagi kad kuning sehingga Amri Yahya berasa tidak berpuas hati.
JDT dijangka tiada masalah untuk menjaringkan gol melalui sepakan penalti. Tapi sayangnya Damien Lim berjaya menepis sepakan Bergson biarpun begitu deras. Kelakar betul JDT ni, dah bagi baucar penalti pun tak boleh gol.
Kontroversi sekali lagi datang setelah Feroz Baharuddin diberikan kad kuning kedua lantas mendapat kad merah. Katanya Feroz Baharuddin telah mengasari Saddil Ramdani sehingga menyukarkan pemain itu menghantar bola ke Amri Yahya.
Tapi masalahnya, Feroz Baharuddin melakukan tackle bersih kerana bola sampai dulu sebelum kaki. Tak tahu lah apa yang ada dalam kepala pengadil ni.
Itu tidak menjadi masalah buat JDT kerana mereka pernah menang walaupun kurang satu pemain. Sabah pula tidak menggunakan kelebihan seorang pemain untuk menekan JDT. Dah lah ada masa 17 minit tapi tak pandai guna.
Akhirnya JDT menang dan dapat membawa bekalan tipis ke Iskandar Puteri.