JDT Buktikan Ubi Mereka Bukan Kaki Bangku

Ketika JDT menunjukkan kekuasaannya pada tahun 2013, ramai peminat bola sepak tanah air dikatakan agak gusar dan sedikit menyampah.

Ini kerana JDT seringkali mengambil pemain-pemain daripada pasukan pihak lawan hanya untuk meletakkan mereka di bangku simpanan.

Advertisement

Bermula dengan pengambilan pemain Kelantan dan Selangor secara borong, JDT meneruskan kekuasaannya dengan membeli bakat muda. Antaranya seperti Akhyar Rasyid dan Syahmi Safari.

Hal ini membuatkan ramai peminat bola sepak tempatan beranggapan anak jati Johor kesemuanya adalah kaki bangku kepada JDT lebih percaya kepada orang luar. Malah nak lahirkan ubi sendiri pun tak pandai

Tapi betul ke semua anak Johor kaki bangku dan tak ada ubi langsung? Jawapannya adalah separa benar kerana terdapat beberapa pemain dan ubi dari Johor yang beraksi cemerlang dengan skuad utama JDT.

Jasazrin Jamaludin adalah antara anak Johor yang berada dalam skuad awal JDT sehinggalah 2016. Biarpun dianggap sebagai pilihan kedua, peranan Jasazrin dalam JDT tidak boleh dinafikan. Kebolehannya bermain dipelbagai posisi sangat ditagih JDT.

Kemuncaknya adalah Jasazrin berjaya membantu JDT memenangi Piala AFC buat kali pertama. Malah Jasazrin adalah kesebelasan utama yang bermain penuh ketika itu.

Selain itu, kita juga menyaksikan kemunculan Fazly Mazlan yang cemerlang bersama JDT bermula 2014 hingga 2017. Aksi Fazly sebagai bek kiri sangat mengkagumkan peminat JDT kerana sangat keras dan mampu membantu bahagian serangan. Namanya juga pernah disebut-sebut sebagai pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan posisi bek kiri Malaysia.

Tahun 2016 pula, kita melihat kebangkitan Azniee Taib yang sebelum ini pernah beraksi bersama JDT pada 2013. Gaya gelecekan dan tendangannya menjadi satu mimpi ngeri oleh penjaga gol pasukan lain.

Masuk tahun 2017, kemunculan Afiq Fazail yang mengisi kerapuhan bahagian tengah berjaya membuatkan JDT kembali bernyawa. Dengan kepergiaan Hariss Harun ke Home United secara pinjaman, JDT seperi kehilangan enjin. Mujurlah ada Afiq Fazail yang berjaya mengisi kekosongan itu lantas menjadi gabungan mantap bersama Safiq Rahim dan Nazmi Faiz.

Paling baru sekali adalah kita dikejutkan dengan kelincahan pemain muda bertubuh kecil iaitu Arif Aiman yang berjaya memperdayakan pemain senior banyak kali. Bukan setakat itu sahaja, di peringkat Asia juga Arif Aiman menunjukkan bisanya.

Rasanya semua tahu Arif Aiman benar besar ketika Anugerah Bola Sepak Kebangsaan pada tahun lepas. Kalau rasa tak cukup lagi, JDT ada Aysar Hadi yang berjaya membantu Malaysia U-19 memenangi Piala AFF. Tambah manis, Aysar Hadi telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan. Jadi ubi JDT masih kaki bangku lagi ke?

Tidak mengapa, kemenangan JDT III dalam kejohanan Piala Presiden malam tadi sudah cukup membuktikan ubi JDT tersangatlah power. Kalau masih ada yang nafikan, cuba tanya ubi pasukan mereka di mana.

Comments