JDT Buktikan Kelab Malaysia Bukanlah Ayam Seperti Disangka

Malam semalam kita diperlihatkan aksi pasukan terkuat Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim berjaya memperkotak-katikkan skuad Guangzhou FC B23 dengan jaringan 5 berbalas telur.

Biarpun Guangzhou FC turun dengan skuad muda ekoran peraturan kuarantin di China yang sangat ketat, JDT tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka.

Advertisement

Hal ini demikian kerana kelab tersebut pernah memenangi Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebanyak 2 kali pada tahun 2013 dan 2014.

Malah Guangzhou FC pernah beraksi di Piala Kelab Dunia bersama Bayern Munich, Atlético Mineiro, Barcelona dan Sanfrecce Hiroshima.

Pasti tentangan yang bakal diberikan oleh Guangzhou FC agak hebat lantaran pencapaian mereka begitu menakjubkan.

Jadi Guangzhou FC tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja biarpun hanya menurunkan skuad kedua.

Namun lain pula jadi kerana semuanya memihak kepada JDT apabila skuad muda Guangzhou FC bermain seperti budak sekolah menengah yang sedang ponteng sekolah.

Kejayaan ini menjadikan JDT berjaya mengalahkan bekas juara ACL sebanyak 3 kali.

Pada tahun 2019, JDT membuat kejutan dengan mengalahkan juara ACL 2018 dengan keputusan 1 berbalas telur.

Jaringan tunggal itu disumbangkan oleh Syafiq Ahmad yang berjaya menewaskan dua orang pertahanan lawan sebelum membuat tendangan lencong ke arah pintu gol.

Memasuki tahun 2020 pula, JDT sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mengalahkan bekas juara ACL 2001 dan 2002 dengan kemenangan tipis 2-1.

Gol JDT telah dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera dan Mauricio.

Apa yang dilakukan oleh JDT ini sebenarnya menunjukkan bahawasanya kelab bola sepak dari Malaysia bukanlah lauk tapin tempoyak seperti yang sering kita anggap.

Ya mungkin ada yang cakap, JDT pun pernah kena lauk dengan Persija Jakarta dengan jaringan 4-0. Malah ada kelab lain dengan kelab Hong Kong, India dan Maldives pun tak boleh makan.

Tetapi kali ini situasinya berbeza dan JDT sudah buktikan segalanya. Jadi tidak mahukan kita lihat kelab seperti Sri Pahang mengayamkan Pohang Steelers di saingan tertinggi Asia?

Kepada kelab Malaysia di luar sana, ayuh tingkatkan prestasi untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan JDT.

#iSportsAsia

Comments