JDT Buka Pintu Kepada Kelab Malaysia Lain Untuk Ke ACL

Petang semalam, kita telah dihidangkan dengan perlawanan yang sangat tidak masuk akal apabila JDT berjaya menewaskan pendahulu K-League iaitu Ulsan Hyundai buat kali kedua.

Tambah manis lagi, gol kemenangan hadir pada ketika kesemua pihak sudah pasrah bahawa JDT hanya mampu tamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga.

Advertisement

Tapi tanpa disangka-sangka pada minit akhir perlawanan, pemain Ulsan Hyundai telah tertampan bola ke gawang sendiri berpunca daripada hantaran Arif Aiman. Selepas sahaja gol tersebut, wisel penamat telah dibunyikan dan JDT berjaya layak ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan.

Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale yang sebelum dianggap sebagai pilihan utama untuk mara ke peringkat kalah mati hanya mampu terduduk sepi sahaja kerana kalah kepada kelab dari liga gred D.

Apa-apapun, kemenangan JDT dalam aksi kumpulan Asian Champions League (ACL) sebenarnya bakal memberikan banyak kelebihan kepada kelab Malaysia yang lain.

Macam mana tu?

Ceritanya begini setiap kali JDT menang menentang mana-mana pasukan dalam peringkat kumpulan, JDT akan memperolehi 3 mata. Bagi keputusan seri pula, JDT akan mendapat 1 mata sahaja.

Jadi mata yang diperolehi JDT akan dikira dalam MA ranking bagi menentukan kelayakan kelab daripada Malaysia untuk beraksi di ACL mahupun Piala AFC.

Setakat hari ini, Malaysia telah mengumpul sebanyak 39.918 mata yang majoritinya disumbangkan oleh JDT. Secara tidak langsung dalam kira MA ranking, Malaysia berada ke-10 bagi benua Asia.

Lebih mengejutkan lagi, Malaysia berada di kedudukan ke-4 bagi rantau Asia Timur di belakang Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.

Jika kedudukan ini kekal, Liga Malaysia bakal memperolehi 2 slot automatik ke peringkat kumpulan ACL dan 2 slot untuk kelayakan ACL bagi musim 2024.

Bermakna JDT telah membuka ruang untuk kelab Malaysia lain yang setiap tahun laung ayuh ke Asia bosskur tetapi bolos macam main dengan budak sekolah rendah untuk beraksi di ACL.

Selepas ini, beberapa pasukan lain yang sedang meningkat naik akan turut berpeluang mengayam-ayamkan kelab Korea dan mengajarkan kelab Jepun bermain bola.

Kepada pasukan lain, berterima kasihlah kepada JDT.

Tapi jangan lupa juga kepada Kedah Darul Aman dan KL City. Jika mereka mampu konsisten dalam saingan Piala AFC, maka 2 slot automatik ke ACL 2024 akan terus menjadi miliki Malaysia tanpa mampu diganggu gugat.

#iSportsAsia

Comments